Salam buat diriku. Catatan di dalam ini bakal menjadi ubat buat sekurang-kurangnya diri sendiri. Ubat penenang yang tidak mengkhayalkan juga tanpa kesan sedatif. Ubat yang merawat diri agar terus-terusan mematangkan nafsi dalam menelusuri lorong-lorong kecil dan sempit kehidupan. Taman tulisan yang dilandskapi dengan luahan rasa dalam formasi kata yang sederhana-sederhana sahaja. Menatapi ujana indah ini, bakal melapangkan halaman minda, mengicau-ngicaukan hati yang mungkin terkadang lara. Sekonyong-konyong gembira dek kerana puas menanam tinta berpaksikan prinsip diri. Inilah pengubat jiwa lara, duka nestapa yang bakal dihijrahkan menjadi lukisan tawa ria. Semarak seri kerana semakin berbilang pohon ditanam, semakin utuh bumi jiwa, semakin nyaman pandangan minda. Lautan pengajaran bersumber pengalaman kehidupan yang tidak punya noktah ilmunya. Walau ruh dan jasad kelak akan terpisah jua. Sementara masih bergandingan keduanya, inilah kebun indah, penuh pepak dengan rimbunan kalimah-kalimah penenang jiwa. Buat awwalan, mohon terus diberi kesejahteraan. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment