Wednesday, September 30, 2009

Tengok aku, jangan kamu!

Pertemuan
Kemenangan tinggal sehari-dua. Malam itu kami berjumpa. Diskusi amali di anjungan seri. Bertiga di tambah tiga. Muda dan tua saling berkesefahaman. Sembang-borak susu bukan 'o'. Demi pertiwi tidak ada bandingan. Pantang menyerah walau dinihari menyentap-nyentap sum-sum setiap bertiga ditambah tiga. Terus berbicara, mohon manfaat. Doa kepada ilahi agar berkat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Empat
Perihal yang dibicarakan banyak sekali, termasuk ehwal yang kakinya empat. Kata sepakat diikat menjelang dinihari. Tidak ada dakwa dakwi. Telus dan tembus tanpa sangsi. Jiwa seakan direndam semalaman dalam air bersih. Mengembang besar, luas dan lapang. Tanda ikatan hati terjalin. Sefahaman. Membersih kotoran gelojak nafsu amarah 2 tahun memekap hati wangi. Semua atas nama keputusan. Itulah tugasan utama bertiga tambah tiga yang sering disepikan. Terutamanya yang muda. Pemerhatian mata hatiku.

Kesal
Empat itu bilangan kaki makhluk bergelar lembu. "Seharusnya dibincang dengan tuan dengan baik dan terputuskan!" Budaya tunding-menunding yang acapkali meresahkan. Hati resah membuah masyghul. Tangisan hiba tanpa airmata di ruang paling dalam dan hujung. "Mengapa?". Sukar sekali manusia mengakui silapnya. Tidak sama mengakui kegemilangannya. Walhal kita kerja bersama dan engkau engkau dan engkau. Perhatikan cermin, tatapi tugasan sebenar kalian. Kata-kata yang terbit itu ibarat gema. Keluar dan terpantul kembali masuk ke gegndang telinga pengeluar kata. "Dengar tak? kata-kata mu itu kembali masuk ke dalam diri mu" Harap-mengharap tak berkesudahan sehingga timbul tunding-menunding tak bertepian. Engkau dan 2 lagi engkau yang patut bersembang dan menyimpulkan. Kalu bukan tiga yang tua, salah seorang darinya. Agar nanti pertandingan tunding tidak dianjurkan. Anjuran percuma tanpa kos. Sangat senang dianjurkan. Semua gara-gara salah penyembang dan penyimpul. Janganlah ditunding lagi. Hati ini bagai dikelar tak berdarah. Menangis tanpa air.

Pengajaran
Teringat akan mahfum firman. Hindar budaya tunding-tundingan. Hentikan semua ini. Siapa? Aku dulu. Saat ini dan ke hadapan. Biar aku tatookan dalam hati ukiran kebersihan dari sifat menyalahkan yang lain. Ayuh, bersihkan hati. Hari ke hari. Aku suka bersih, mahu bersih. Sungguh!

0 comments: