Wednesday, November 25, 2009
DTN : Memang dah nak dijadikan cerita
Posted by
jiwa kental
at
7:20 PM
0
comments
Tuesday, November 10, 2009
Tak faham-faham
tow kir dari kampung saudagar memang tak paham-paham. Hari ini dia minta nak buat baju pekerja kafe dan baju korporat untuk bos-bosnya. Dia tak fahamkah satu daerah tengah kemarau. Air kering. Nanti nak minum apa? Ini semua sebab kaedah perlaksanaan yang mementingkan diri sendiri. Hancus semua rasa kebersamaan. Tak peduli, janji aku selamat.
Itulah hasil didikan kampung saudagar selama setahun.
Posted by
jiwa kental
at
12:02 AM
0
comments
Sunday, November 8, 2009
DTN : Misteri Hari ahad di Kampung Bistari
Semalam Kampung Sekolah menerima panggilan misteri yang tidaklah macam misteri nusantara. Salah seorang cikgunya bernama Balqissy menjawab, katanya seorang DAtuk dari Kampung Dukun Nyanyuk. Ingin membuat tawaran mewujudkan sekolah di sana. Katanya kampung mereka ada peruntukan untuk tujuan itu. Ini mesti kes nak kawtim, atau bahasa awamnya rasuah. Aktiviti yang sangat merosakkan negara. PAnggilan ini menjadi misteri oleh sebab jarak kampung yang agak jauh dengan kampung sekolah. Namun, itu masih boleh diterima. Selain itu, perolehan nombor telefon Balqissy juga membawa kepada tanda tanya, lantas menjadikan status panggilan itu agak misteri. Status Datuknya juga agak misteri. Bukanlah mustahil ada datuk di Kampung Dukun Nyanyuk, tapi setelah disemak di laman web Kampung tersebut, nyata namanya tidak muncul. Mungkinkah ini Datuk Plastik yang pernah menipu ramai orang-orang kaya atas nama projek.
Cikgu BAlqissy sememangnya seorang yang ramah dan meriah. Memang satu sifat yang mudah disenangi apabila berbual. Tapi dalam hal ini, keramahan dan meriah dia itu boleh dianggap tidak kena tempat apabila agak mudah melayan kerenah panggilan dan Datuk misteri itu. Walaupun perihal yang dibincangkan adalah sekolah, tapi dimana-mana tempat sekali pasti ada musuh. Pokok yang ditanam boleh diganggu serangga, bisnes yang berjalan boleh dikacau mandrem. Semua ini tidak difikir timbangkan oleh cikgu Balqissy saat berurusan dengan DAtuk Plastik mungkin. KEmeriahan dan KEramahannya mengatasi kewarasan pertimbangannya.
Sekolah ini bukan milik peribadi. Cikgu Balqissy harus ingat bahawa dia ada bos yang perlu dirujuk sebelum menjanjikan apa-apa dalam sebarang urusan. DAtuk itu mungkin merupakan ancaman buat Kampung Sekolah yang ternyata mempunyai pendidikan yang semakin maju dan hebat. Silap langkah, bukan dia seorang sahaja yang akan terkena, mungkin melibatkan keseluruhan penduduk Kampung Bistari, bahkan mungkin memberi tempias juga ke kampung-kampung jirannya. Itu moral yang harus diingat. Jangan sampai mengulangi kesilapan yang sama.
Setelah mula mngesyaki datuk itu mungkin datuk plastik atau datuk dari puak sekinja atau datuk dari GEng Selipar Biru atau Datuk yang sudah nyanyuk, panggilan balas dibuat setelah adakan perbincangan ringkas. Matlamatnya mengelak dan menyemak. Tindakan atas nama perbincangan ini harus selalu dihidupkan, jangan dimatikan. Akhirnya setelah beberapa soalan dikemukan datuk plastik(mungkin) itu berkata " Kalau macam ni takpelah, just forget it"
Posted by
jiwa kental
at
9:10 PM
0
comments
Saturday, November 7, 2009
DTN : Memecah kekakuan rutin di Kampung Megah
Posted by
jiwa kental
at
10:46 PM
0
comments
Thursday, November 5, 2009
DTN : Pertemuan Santai dengan Kampung Petani
Posted by
jiwa kental
at
10:28 AM
0
comments
Tuesday, November 3, 2009
ANAk-anak
Puteri Uzma sudah pandai melukis bulatan. Rupanya dalam plot proses belajar anak antaranya ada digariskan tentang membuat bulatan ini. Cuma buat puteri tercinta saya, kepandaiannya lebih awal dari plot perkembangan anak piawai. Usianya sekarang 1 tahun 4 bulan.
Si abang sudah ada blog, pandai chating kat facebook, main game online jangan cerita dan tak payah diajar. Baru empat tahun. sudah pandai membaca tak payah eja, pandai menulis (ye lah nak chat dan berblog.
kedua-duanya buatkan hati menjadi berbunga-bunga, berkicau-kicau. harap mereka akanmenjadi orang2 yang berguna kelak. Penyeri hati yang tidak lekang-lekang serinya. Antara peristiwa seri menyeri ini :
"Mak lepas ni kita beli sabun Jun ye" (dek kerana melihat sabun may) alahai kreatifnya soalan.
"Mak, semalam abg ulwan mimpi ada hantu tarik kaki ulwan, muka dia takde, tapi ulwan berani, tiba-tiba, hantu tu hilang"
"Mak boleh tak ulwan nak bela haiwan"
"Mak ulwan nak bagi nama kat kucing2 ni, yang belang tu xazi, yang tu puci, lagi satu.. ek, tak ingat, sebab dia paling suka kat xazi
banyak lagi yang tersimpan.
Nantilah..
Posted by
jiwa kental
at
8:32 PM
0
comments
Labels: anak-anak
Monday, November 2, 2009
DTN : Kemarau panjang
Kemarau Daerah Tak Nampak makin di rasai. Hari-hari yang berlalu memeningkan setiap penghulu-penghulu, lebih-lebih lagi Ketua Daerah dan Timbalannya. Termasuk juga ahli kabinet yang lain baik yang menunjukkan tanda-tanda pening mahupun yang memendam pening-pening itu di dalam paru-paru sahaja.
Setelah berbicara panjang, keputuasan dicetak dalam semua kepala ahli kabinet tertinggi. Dalam erti kata lain, sekepala. Idea bernas dan tenang itu diberi oleh Panglima Iskandar yg sememangnya seorang yang sentiasa rasional dalam hal-hal bertindak dan membuat keputusan. Rasional kali ini berbasiskan ini projek kita. Untung sama untung, rugi sama rugi. Susah sama-sama, senang sama-sama. Konsep yang diketengahkan itu sangat rapat dengan tuntutan perlembagaan Cahaya yang menyarankan perlaksanaan kita berbanding aku. Koleksi Oryza Sativa atau pendeknya KOS disepakati untuk dilancarkan buat mengumpul air-air diawan, agar kemarau dihentikan sementara.
Projek KOS berlaku serta-merta. Seluruh penduduk Daerah Tak Nampak bersatu hati menggalang agenda penting segera Daerah yang mereka sayangi itu, baik suka mahupun rela, atau mungkin juga ada yang terpaksa. Satu fenomena kebersamaan yang sangat hangat membara saat KOS ini dilancarkan. Kehangatan yang menyemarakkan semangat kekitaan terjadi setelah sekian lama menyuram bungkam, hampir-hampir hilang ditelan asap peperangan tempoh hari. Peperangan dengan Geng Selipar Biru. Tiupan projek KOS itu menjadi harapan ahli kabinet agar semarak ini berpanjangan dan berkekalan.
Perlaksanaan KOS sahaja sememangnya belum memadai untuk mempertahankan keberadaan DAerah Tak NAmpak dan kampung-kampung di dalamnya. Maka, sepakatnya juga mencetak satu lagi keputusan menjual segenap kambing-kambing yang diternak khusus di Kampung Petani yang terletak di sebelah KAmpung Bistari dan berjiran dengan Kampung Saudagar. Hampir sebulan harganya dikurangkan hingga akhirnya hari ini tanggal 4 November, berjaya dijual dengan harga yang sangat murah. Alangkah baik dan bagusnya andai dijual awal-awal dulu lagi sebegini. Tidaklah lelah menanggung kos makanan dan pekerja yang sememangnya tinggi. Namun, semua yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, ini harus dijadikan iqtiqod dalam kehidupan supaya sentiasa redho dan tenang menghadapi apa yang berlaku. Berbaik sangka dengan Allah, moga Allah terus menerus memberi kebaikan yang berlipat ganda pula hendaknya.
Ini catatan perjalanan Daerah Tak Nampak yang masih berpeluh-peluh hebat dek kemarau yang melanda. Ya Allah berilah kekuatan pada setiap penghuni DAerah ini agar mampu menghadapi ujian kepanasan kecil dari Engkau, Ya Allah ampunkanlah kami atas kesilapan dan kesalahan yang kami telah lakukan, Ya Allah bukakanlah hati-hati penduduknya agar lapang menerima Perlembagaan Cahaya yang sememangnya dari Engkau, suruhan Engkau agar dilaksanakan keseluruhannya, Ya Allah bantulah kami dalam memenangkan cahaya yang kian suram dan malap, Ya Allah sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong" Amin.
Posted by
jiwa kental
at
8:55 PM
0
comments
Labels: hari-hari
Sunday, November 1, 2009
DTN : Bantuan buat Kampung Kubur
Posted by
jiwa kental
at
7:39 AM
0
comments
Labels: hari-hari
Monday, October 26, 2009
Kisah Kota Lampu
Posted by
jiwa kental
at
1:13 AM
0
comments
Labels: hari-hari
belanjawan2010
Semalam, Belanjawan / Bajet 2010 telah dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebarnya. Saya tak sempat nak tengok kat TV sebab sedang sibuk merayap dan mengedarkan kad jemputan kahwin adik saya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Anyway, malam tadi.. saya sempat melihat ringkasan intipati bajet 2010 di web Malaysiakini. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang menarik perhatian saya..
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.
Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas…
Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian
Anda perasan tak?.. Golongan seni & ahli sukan.. selalunya kelihatan ”glamer” dan “mewah” sewaktu muda, tetapi apabila mereka tua.. kebanyakkannya akan termasuk ke dalam golongan miskin. Kecuali, artis-artis yang menjalankan perniagaan.. kehidupan mereka di hari tua lebih terjamin. Apakah erti semua ini? Adakah ia bermakna kerjaya sebagai “artis” tidak akan menjamin masa depan? atau… rezeki yang diperolehi kurang berkat? Hu. hu.. panas!.. panas!..
Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
Ini yang rasa macam nak jadi student semula je nie…
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
Adakah ini satu tindakan untuk “tidak menggalakkan penggunaan kad kredit”? Nampaknya sudah tidak ada kad kredit tanpa yuran tahunan.. sebab still juga kena bayar RM50 tiap-tiap tahun
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
Nampaknya, pemilik taska & nursery kena mengatur strategi baru bagi perniagaan mereka… kalau tidak, boleh terjejas periuk nasi mereka.
Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
Ini sangat bagus..
Itulah serba sedikit perkara yang menarik bagi saya dalam bajet 2010, dan nampaknya, perokok-perokok tegar dapat menarik nafas lega kerana tiada sebarang berita tentang “kenaikan harga rokok” pada tahun ini..
Posted by
jiwa kental
at
1:11 AM
0
comments
Labels: kisah orang lain
Thursday, October 22, 2009
daerah tak nampak
Penghulu Kampung Kubur memperincikan satu-persatu projek-projeknya dengan halus dan mendalam. Setiap satunya diperjelaskan asbab dan matlamatnya. Hakikatnya apa yang cuba dikongsikan adalah suatu transformasi yang ingin dilaksanakan. Transformasi ini pada pandangan dalamnya, bukanlah suatu yang baru walaupun memang ada yang baru. Secara konsepnya cadangan yang diketengahkan adalah suatu yang berasaskan kisah-kisah perjuangan perintis-perintis kampung terdahulu. Saat itu Kampung Kubur sangat gemilang. Namun apabila masa berlalu, Perlembagaan Cahaya yang telah ditetapkan oleh para perintis Kampung semakin dialpakan.
Kemajuan kampung kubur memang sangat hebat satu masa dahulu, lebih-lebih lagi saat pemerintahan Panglima Asni Yem. Namanya agak pelik bukan. Walaupun namanya pelik, sohihnya, dialah tokoh unggul sehingga berjaya menaikkan prestasi kampung dengan mencanak-canak sekali. Namun begitu, mungkin sebab namanya yang pelik itu, dia juga telah dinobatkan juga tokoh terhamlau sekali, kerana berjaya memupuk dan membaja sel-sel kanser dalam tubuh kampung kubur. Sedikit-sedikit, perlahan-lahan, organ-organ dalaman kampung kubur rosak, hilang dan mati fungsi. Kemerosoton prestasi kampung kubur akhirnya, menjunam ke gaung kegelapan. Kampung kubur semakin hilang serinya, semakin gelap-gelita walaupun matahari sebenar menyimbah cahayanya.
Apa punca malapetaka ini? Kenapa boleh sampai begini teruk nasib kampung kubur yang pernah gemilang, terbilang, dan seenak makan ikan sembilang dulu? sekarang sudah bersilang-silang, mengapa? Mudah sahaja jawabannya, Kemajuan yang dibawa oleh Asni Yem itu tidak berdasarkan Perlembagaan Cahaya yang dilaksanakan secara total oleh perintis-perintis kampung kubur terdahulu. Perlaksanaan yang dibawa oleh Panglima Asni Yem banyak dipengaruhi oleh Ajaran songsang Kapit Alis. Dakyah yang dibawa oleh Panglima Asni Yem sangat kuat tertusuk ke dalam jiwa-jiwa penduduk kampung kubur generasi baru, generasi sezaman dengan generasi impak maksima. Terapan-terapan pendidikan yang lama-kelamaan menjauhkan generasi moden kampung kubur dari Perlembagaan Cahaya. Terapan ini sama banyaknya dengan turapan jalan-jalanraya yang giat dibangunkan di lebuhraya kampung kubur.
Apabila telah jauh dari ajaran yang asli dan sebenar, perjalanan kampung banyak menyenget. Generasi baru lebih suka mencipta kilang-kilang dan mesin-mesin atas nama kemajuan. Selain mencipta kilang dan mesin, mereka juga berjaya mencipta asap-asap yang banyak dan sisa-sisa toksik untuk diberi makan ikan-ikan dilombong-lombong dan di sungai-sungai. Ikan-ikan ini pula nanti akan di bawa ke Pasar Borong kampung kubur untuk dijual kepada masyarakat setempat. Selain ikan, air-air sungai di kampung kubur yang telah diberi suplemen bahan kimia toksik itu juga ada digunakan buat membasuh baju, minum-minum serta untuk memasak. Nyata dakyah Panglima Asni Yem itu kuat menyenget dan membebalkan penduduk kampung kubur. Kebebalan ini bukanlahbebal mengeja, membaca atau mengira, tapi bebal tidak tahu dan kenal, tidak dapat membezakan antara cahaya dan gelap.
Begitulah sejarah kampung kubur yang pernah mendapat hadiah nobel sebagai kampung tpaling maju dan damai di seluruh dunia. Atas sejarah yang hebat itulah, penghulu barunya yang bernama Tuan Mursyid al banjari ingin meniupkan angin transformasi ke ruang atmosfera kampung kubur. Niatnya tidak lain untuk mengembalikan zaman kegemilangan bercahaya kampung kubur. Pembentangan kertas kerja projek-projek pembangunan disediakan dengan terperinci, sambil merujuk beberapa perkara, syeksen, baik yang ada kurungan mahupun tiada di dalam Perlembagaan Cahaya.
Persediaan dan pembentangan yang rapi ini dilakukan oleh Tuan Mursyid dengan harapan agar mendapat restu dan izin dari ketua Daerah Tak Nampak terkini, Datuk Ask Man. Sememangnya fiilnya sinonim dengan namanya, suka bertanya. Baik pertanyaan dengan hormat mahupun pertanyaan secara laknat atau lahanat. Selain Datuk ask man, Datuk Henry juga memainkan peranan sama penting dalam membuat sebarang keputusan dalam daerah tak nampak. Hakikatnya, beliau adalah timbalan Ketua Daerah tak Nampak. Dia bukanlah orang inggeris sebenarnya, namun atas pengaruh Ajaran Kapit Alis, namanya diinggeriskan oleh kedua ibu bapanya. Dia juga senang akan namanya sendiri, ala-ala orang kaya moden katanya. Yang nyata, dalam tubuhnya mengalir ajaran Kapit Alis ke serata organ, sebati dalam semua sel-sel badan lebih-lebih lagi di bahagian otak. Pandangan, pemikiran dan keputusan yang dibuat banyak diselaputi bau-bau, rasa dan warna kapit Alis. Enak bagi sebahagian penduduk, pahit dan memualkan bagi pejuang Perlembagaan Cahaya seperti Tuan Mursyid al banjari. Secara statistiknya, sepanjang beberapa tahun daerah tak nampak berada dalam taklukan mereka berdua, 85% daripada keputusan yang dibuat adalah dibawah pengaruh Timbalan Ketua Daerah Tak Nampak.
*lain kali sambung..
Posted by
jiwa kental
at
10:09 PM
0
comments
Labels: hari-hari
Tuesday, October 20, 2009
hikmat tulisan berapi
setelah beberapa purnama aku lemas dalam dunia penulisan, aku naik sebentar ke permukaan untuk menghirup udara penilaian. Evaluasi ku menerokai lautan tinta baik aku yang punya. Mahupun dia-dia yang punya. Namun furqan itu masih dalam tinjauan kasar, belum kemas bernoktah. Adapun ianya adalah seperti poin-poin di bawah. Poin yang ibarat perencah dalam masakan, perlu ada bagi menyeri dan menyedapkan masakan untuk dimakan
- tulisan yang membuatkan org tertunggu-tunggu, meneka-neka apakah kesudahan ceritanya
- jenaka bermoral/bermesej
- perumpamaan / contoh
- ketidak jangkaan baik segi plot, ibarat, humor, bahasa, dan lain-lain
- berayat
- berhadis
- berkata mutiara
- relevan
- berperibahasa
- berkisah
- membuatkan orang membacanya berulang-ulang kali
- berfakta
setakat senafas yang ku sedut. Inilah dahulu pandangan kacamata penelitian ku..
Moga rutin ini, mematangkan lagi diri, menjadi penulis unik dan bewarna-warni, dan yang paling penting, meninggalkan bekas buat diri dan pembaca..
Bukan untuk nama, sekadar berbuat kebaikan, apa yang ku mampu..
Posted by
jiwa kental
at
11:20 AM
0
comments
Labels: diari sendiri
Bila aku malas nak berkesah
dah datang dah,
ini satu kesah,
mengisahkan aku yang malas nak berkesah,
aku tahu kenapa tak mahu berkisah,
sebab hati tak seronok nak berkesah,
walau tahu pentingnya untuk berkesah,
ini kesah ikut rasa dan hati yang parah,
bila hati sudah tidak suka, malaslah nak berkesah,
takut bila berkesah, keluar kesah yang tak suka dikesah-kesakan..
ahhh, aku tak kesah
:( tukar :)
Posted by
jiwa kental
at
3:21 AM
0
comments
Labels: hari-hari
kutbah raya aidilfitri 1430
- fitrah manusia hidup bersatu : interdependan
- wadah persatuan : negara
- banyak bangsa merupakan kurnia dari Allah yang besar - punya budaya yang dinamik
- pembangunan budaya bangsa melaluli pendidikan terencana
- sikap etis dalam pergaulan dibina melalui pendidikan
- agama jadi lebih bermakna jika penganut lebih cenderung aspek kemanusiaan berbanding teologis
- agama pencetus hasil-hasil besar baik positif mahupun negatif (bila salah tafsir)
- dialog merupakan satu kaedah persatuan antara agama
- kredo yg diperkenalkan : toleransi dan perdamaian
- punca manusia tidak toleran : curiga berlebihan, rasa takut dan bodoh
- ciri-ciri generasi produk pendidikan :
1. pemikir sistem
2. agen perubahan
3. pembaharu dan risk taker
4. sense of community
5. koordinator
6. coach & fasilitator
7. membangun visi & inspirator
Posted by
jiwa kental
at
3:13 AM
0
comments
Labels: sekolah
Thursday, October 15, 2009
10 langkah bijak orang cemerlang
1. Mengenal diri dengan mendalam
- matlamat seimbang dengan kekuatan
2. Bersihkan hati
- rosak daging, rosak seluruh tubuh
3. Niat
- betul dan kuat
- eg solat, lari niat, tak khusyu' dan boleh batal solat
4. Jaga Ibadah, sempurna dan seimbang
- solat 5 waktu
- 2185
- 2877
5. Bersangka baik
- positif
6. Kenalpasti kelemahan
- baiki
- 1714
- kelemahan ibarat penyakit barah
7. Sentiasa cari hikmah
- ada peluang disebalik halangan
5722, 5733
8. Cari hakikat kehidupan
- berpijak dibumi nyata
- jelas arah tuju nak pergi mana
9. Rancang kehidupan betul-betul
10. Lakukan semua perbuatan dengan lebih baik
7.
Posted by
jiwa kental
at
8:49 PM
0
comments
Labels: sekolah
15 oktober
pagi-pagi merenyai-renyai
renyai sembilang tidak selamat
wahid sihat waalafiat
fotostat ic bagi kat syuk
syuk penuh toleran
tanpa curiga berlebihan
aku suka toleran
aku benci curiga
lebah terbang ke jawa baru,
pasang niat nak buat sarang,
malang tidak sesuai pokok yang sesuai,
sewa kawasan pokok tinggi sangat
carilah yang lain-lain
lekas-lekas
saudagar jaringannya terputus-putus
sembang sikit-sikit
tak salam rutin
susah aku nak cakap
lain pun masih sama
jaringan sepi kalau tak aku yang menjaring
pergi menjaring dilaut lagi bes
pertubuhan peladang berkira-kira
kira tanaman baik dan rosak
kira buah dan bunga belum buah
cikgu suka tidur cikgu tidur dalam kelas
sepi jugak
sekolah buat pengurus sekolah
malam berlembaga
10 syarat cemerlang
jangan kata-kata
gila
kata dan buat
lebih hensem lagi
buat tanpa kata
paling hensem
buat dan kata
Posted by
jiwa kental
at
10:17 AM
0
comments
Labels: hari-hari
Wednesday, October 14, 2009
budak yang bakal insaf
14 oktober
harapnya budak yang belum insaf itu sudah sampai masanya untuk sedarkan diri. mungkin selama ini dia mamai berjalan sini-sana. nampak tak nampak, pening-pening. jiwa 20-an dia itu harus dikekang dengan pagar intelek, agar emosi diri tidak keluar dari kawasan kesederhanaan dan lahan kematangan.
kemalangan memang tidak berbau. tidak seperti masak ayam goreng berempah, bau semerbak. oleh kerana tiada bau, deria tidak mengesan, tidak semena-mena, belanggar kaki dengan kereta.
virago biru kepunyaan aku itu, tidak mengalami kecederaan. PEmbawa virago, merangkap budak yang bakal insaf itu hanya cedera ringan. Alhamdulillah, tidak ada yang teruk.
Bawa moto memang nak kena ada kemahiran. Kemahiran tidak datang bergolek, ia datang dari pengalaman memandu. umur memandu budak yang bakal insaf ini tidaklah lama mana pun. maka pengalaman pun masih kurang, kemahiran pun tidak seberapa lagi. tapi bila dah terkena sedikit macam ini, pasti lepas ini lebih teror lagi. harap pengalaman kecil ini membawa pengertian mendalam tentang erti memandu moto kepada si budak yang bakal insaf itu.
Posted by
jiwa kental
at
9:09 PM
0
comments
Labels: kisah orang lain
Happy for no reason
Happy for no reason Be happy to give of yourself, and you'll be happy. Be happy to make the effort, and you'll be happy. Be happy about working through the challenges, and you'll be happy. Be happy for the opportunity to transform problems into achievements, and you'll be happy.
Happiness does not come when you try to obtain it. Happiness is a quality that you can choose to add to any experience. Happiness does not come from arranging your circumstances in a certain way. Rather, happiness is a very powerful, effective and delightful way to relate to any set of circumstances.
Be happy to be living this moment. And not only will you be happy, you'll also be creative and effective and purposefully focused. Choose to add your very own happiness to the ups and downs and ins and outs of life. Be happy for no reason and for every reason, and experience life at its best.
Posted by
jiwa kental
at
7:50 PM
0
comments
Labels: mind power
tragedi 13 oktober
cikgu bermesyuarat.
lembu dapat makanannya
peniaga bercuti jaringan.
ubi kelubi turut mesyuarat.
sekolah tertinggi bicara transformasi.
murid rajin tiada yang ponteng.
kambing untuk dijual 450 tawaran untuk orang kaya.
pakai tapolin lagi tepat guna dan tepat keadaan.
light box nanti-nanti.
ahli politik .. susah nak kata.
miskin tapi tunjuk kaya.
kalau fiil nak macam kaya
kayakanlah diri betul=betul]
ruang dan peluang dah dibentung
tak macam dulu
sempit masa dan tenaga, (duit jangan nak cakap)
13 oktober, tragedi oktober
Posted by
jiwa kental
at
10:35 AM
0
comments
Labels: hari-hari
Test kau
ini bukan nak menodai bahasa kebangsaan. ini cuma nak memanupulasikan nama syarikat dengan keadaan diri. test kau diambil dari sebuah syarikat yang memang mahir menguji kesabaran seseorang. sebuah pasar raya hipermarket yang banyak cabangannya di merata pelusuk negara.
Malam itu aku berkunjung je tes kau berlokasi di pocong. Sambutan cawangan yang ini sememangnya laurbiasa dari tes kau tes kau yang lain. hajat besar aku berkunjung untuk membeli sebuah ketuhar elektrik. namun tidak kesampaian akibat kurangnya pilihan.
malam itu tes kau, memang menguji poket aku. dalam tempoh beberapa jam sahaja aku berjaya menghabiskan rm 166 beberapa sen. rm ini bukan rasul melayu apatah lagi rosnah masnur. rm ini adalah ringgit malaysia. gawat dan gamat sekali hati dan otak aku pada malam itu. mengenangkan adanya barang-barang yang kurang perlu untuk dibeli.
aKU mulai rasa tertindas hidup dinegara sendiri. tertindas kerana wang saku yang kurang mencukupi. sebenarnya wang saku aku boleh sahaj dicukupkan dengan membelanja sekadar keperluan. tapi, apabila nafsu membeli mengatasi niat untuk cermat jimat, maka habislah poket menjadi segersang gurun di padang pasir.
tapi dengan rasa tertindas ini aku meyakini, pasti ada jalan keluar untuk atasi semua ini. Perubahan dan pengorbanan. Ya, untuk melakukan perubahan, mesti semai sikap bekurban. mengorbankan kesenangan sementara dan sedikit untuk kesenangan yang kekal dan berpanjangan. aku yakin semua ini sementara. aku pasti ada cahaya menang dan senang, bahagia serta tenang dijalanan yang sedang aku telusuri ini. LA hawla wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. MOhon petunjuk dari Allah, menguatkan keazaman aku untuk berubah, merangsang aku untuk sentiasa bertindak berhijrah ke jalanNya, semua ini wajib aku lakukan bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk kita bersama, sejagat. amin.
Posted by
jiwa kental
at
9:48 AM
0
comments
Labels: diari sendiri
Tuesday, October 13, 2009
10 hal berkait TRANSFORMASI
1. Faktor pendorong utama transformasi adalah rasa tertindas
- merasakan dalam zon yang tidak selamat
2. Konsisten
- perubahan tidak boleh sekali, tidak boleh berhenti, harus berterusan
- tidak buntu, tidak menyerah atas apa sahaja situasi
3. Peka
- untuk berubah harus peka dengan sekeliling
- supaya transformasi lebih bermakna
- slotkan masa untuk rutin membaca, mendengar dan lain-lain
4.Pendidikan berterusan
- tidak akan ada perubahan tanpa pendidikan
5.Memanfaatkan peluang
- bijak membaca dan mengambil peluangh
- mencipta peluang adalah lebih baik
6.Buat keputusanu
- tanpa keputusan dan kesediaan untuk berubah, tiada transformasi yang akan berlaku
- Keputusan yang juga harus diiringi dengan tekad dan nekad yang kuat
7.Cabaran
- perubahan tidak lari dari cabaran
- kenalpasti awal dan bagaimana menangani cabaran
8.Transformasi adalah syarat untuk kemajuan
- tiada kejayaan unggul dan kemajuan tanpa transformasi
9. Strategi
- transformasi perlukan strategi yang halus
10. Cara Fikir
- transformasi mengajar dan membentuk pola fikir yang terbuka, berwawasan, dan berfikir di luar kotak, genius dan kreatif
- perlaksanaan yang hanya berkisar dengan kaedah lama, menghambat kemajuan dan tidak akan kemana
Posted by
jiwa kental
at
10:47 PM
0
comments
Labels: sekolah
Pukauan Strategi
Ini bukan kisah ilmu hitam. Ini masih kisah pertemuan yang ingin disemadikan. Pertemuan kali ini sungguh memukau. Bukan kerana bertemu dengan fauzilah ghost mahupun rosita pawang enchik. Tapi isi perbincangan pertemuan itu yang berjaya memukau. Mengasyikkan. Hati berkicau-kicau menyanyi lagu inspirasi. Pukauan yang mengobar jiwa agar terus melaksanakan tugas dengan gembira.
Pertemuan ikhlas di rumah MAK saya itu berlaku disebelah malam tanggal malam selasa, 12 oktober yang lalu. Saya bertemu satu lawan satu bersama dengan genius yang dihormati. Hormat kerana aspek kerjanya yang cemerlang.
Pertemuan berharga itu membungakan impian yang sangat harum. Harapan yang membintang tinggi di angkasa kemenangan. Perbincangan memang menghasilkan yang terbaik. Selalu berbincang itu memang baik. Tapi pembincang yang baik, sedar dan tahu mereka sedang melaksanakan aktiviti berbincang, bukan bergebang sifar. Seperti bersembang tentang fahrin ahmad dan aweknya yang sudah putus hubungan. Malam itu, saya simpulkan perbincangan yang terlaksana adalah sangat baik. Membuahkan buah durian cempedak, sangat manis, lemak dan enak. Tidak tawar, keras atau pahit. Sangat santai dan bermakna sekali, sehingga teringat-ingat dua tiga hari. Begitu, ibarat perbincangan yang hebat.
Walaupun nasi paprik yang dimakan agak pedas sedikit, namun pedasnya sirna dek kerana perbualan yang manis dan berlemak itu. Buah perbincangan yang dipetik kami harapkan tidak dirosakkan oleh tupai-tupai berotak kecil yang tinggal di tempat tinggi atas pokok. Walaupun tupai-tupai ini lincah, tapi ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjelepuk juga ia ke bumi Allah. Ikut rasa, mahu sahaja ditembak tupai-tupai berkenaan sebelum diganggu buah unggul itu. Tapi setelah difikirkan, perbuatan itu tidak bermoral sekali. Tidak menggambarkan akhlak tuntutan ilahi. Biarlah nanti tupai itu dijinakkan dengan cara lebih diplomasi, mengajak tupai makan buah bersama-sama di bawah pokok redup. Itu lebih disukai oleh najib, lebih gah perlaksanaan satu malaysia yang diseru-serukan. Bukan sahaja cina, india, melayu boleh duduk bersatu, tupai pun boleh turut serta. Wah, sungguh hebat sekali. Saya yakin ilham begini belum tercetus lagi diperingkat kepimpinan tertinggi.
Burlp, alhamdulillah.
Posted by
jiwa kental
at
10:28 PM
0
comments
Labels: hari-hari
Thursday, October 8, 2009
potong pendek
CTRL+C (Copy)
* CTRL+X (Cut)
* CTRL+V (Paste)
* CTRL+Z (Undo)
* DELETE (Delete)
* SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
* CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
* CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)* F2 key (Rename the selected item)
* CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)* CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)* CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)* CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)* CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)* SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
* CTRL+A (Select all)
* F3 key (Search for a file or a folder)
* ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
* ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
* ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
* ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
* CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
* ALT+TAB (Switch between the open items)
* ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
* F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
* F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
* SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
* ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
* CTRL+ESC (Display the Start menu)
* ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
* Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
* F10 key (Activate the menu bar in the active program)
* RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
* LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
* F5 key (Update the active window)
* BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
* ESC (Cancel the current task)
* SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
* CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager)
Dialog box keyboard shortcuts
If you press SHIFT+F8 in extended selection list boxes, you enable extended selection mode. In this mode, you can use an arrow key to move a cursor without changing the selection. You can press CTRL+SPACEBAR or SHIFT+SPACEBAR to adjust the selection. To cancel extended selection mode, press SHIFT+F8 again. Extended selection mode cancels itself when you move the focus to another control.
* CTRL+TAB (Move forward through the tabs)* CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)* TAB (Move forward through the options)* SHIFT+TAB (Move backward through the options)* ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)* ENTER (Perform the command for the active option or button)* SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)* Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)* F1 key (Display Help)* F4 key (Display the items in the active list)* BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)
Microsoft natural keyboard shortcuts
* Windows Logo (Display or hide the Start menu)* Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)* Windows Logo+D (Display the desktop)* Windows Logo+M (Minimize all of the windows)* Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)* Windows Logo+E (Open My Computer)* Windows Logo+F (Search for a file or a folder)* CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)* Windows Logo+F1 (Display Windows Help)* Windows Logo+ L (Lock the keyboard)* Windows Logo+R (Open the Run dialog box)* Windows Logo+U (Open Utility Manager)
Accessibility keyboard shortcuts
* Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)* Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)* Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)* SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)* NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)* Windows Logo +U (Open Utility Manager)
Windows Explorer keyboard shortcuts
* END (Display the bottom of the active window)* HOME (Display the top of the active window)* NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)* NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)* NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)* LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)* RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
Shortcut keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
* RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)* LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)* UP ARROW (Move up one row)* DOWN ARROW (Move down one row)* PAGE UP (Move up one screen at a time)* PAGE DOWN (Move down one screen at a time)* HOME (Move to the beginning of the line)* END (Move to the end of the line)* CTRL+HOME (Move to the first character)* CTRL+END (Move to the last character)* SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)
Microsoft Management Console (MMC) main window keyboard shortcuts
* CTRL+O (Open a saved console)* CTRL+N (Open a new console)* CTRL+S (Save the open console)* CTRL+M (Add or remove a console item)* CTRL+W (Open a new window)* F5 key (Update the content of all console windows)* ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)* ALT+F4 (Close the console)* ALT+A (Display the Action menu)* ALT+V (Display the View menu)* ALT+F (Display the File menu)* ALT+O (Display the Favorites menu)
MMC console window keyboard shortcuts
* CTRL+P (Print the current page or active pane)* ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)* SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)* F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)* F5 key (Update the content of all console windows)* CTRL+F10 (Maximize the active console window)* CTRL+F5 (Restore the active console window)* ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)* F2 key (Rename the selected item)* CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)
Remote desktop connection navigation
* CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)* ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)* ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)* ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)* ALT+HOME (Display the Start menu)* CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)* ALT+DELETE (Display the Windows menu)* CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)* CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
Microsoft Internet Explorer navigation
* CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)* CTRL+E (Open the Search bar)* CTRL+F (Start the Find utility)* CTRL+H (Open the History bar)* CTRL+I (Open the Favorites bar)* CTRL+L (Open the Open dialog box)* CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)* CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)* CTRL+P (Open the Print dialog box)* CTRL+R (Update the current Web page)* CTRL+W (Close the current window)
Posted by
jiwa kental
at
9:44 PM
0
comments
Labels: teknologi informasi
Budak kecik yang belum insaf
Masa aku mengembara bersama Datin ke persatuan ungu, dia ada mengisahkan. Kisah tentang seoarang budak kecik yang sarat dengan emosi. Sensitif macam buaya yang diusik, ekor melibas. Atau bak tedung selar terkujat, kepala terangkat dan kembang mengembang.
Budak kecik itu bukan orang lain anak dia sendiri. Hati panas mendidih sekonyong-konyong bila tersilap kata. Pendidihan serta-merta lebih cepat dari proses pendidihan air. Nafsu keremajaan yang tidak terkawal. Tidak mampu dikawal.
Datin pula tekanan darahnya bukanlah rendah, tidak juga normal. Maka tinggilah adanya. Bila anak sendiri naik darah, datin pun jadi parah. Darah naik, tinggi. Air mata turun, mengalir. Syahdu seorang ibu dek perangai ganjil anaknya.
Sudahlah selama ini datin selalu bertukar menjadi perisai buat si budak kecik. Budak kecik ini tidaklah kecik sebenarnya. Hakikatnya dia besar, yang keciknya adalah jiwanya, atau mungkin otaknya juga. Budaya kecik yang memungkinkan tindakan merasionalkan ketidakrasionalan. Benteng dan perisai dari datin buat anak kecik itu, bukanlah untuk melindungi dari raksaksa seperti dalam cerita ultroman itu. Tapi buat mepertahankan diri anaknya dari sengatan berbisa dari lidah datuk yang memang kadang-kala, boleh membuat hati, limpa dan organ dalaman yang lain lebam-lebam dan calar-balar. Hebat bisa itu kerana tidak menjejaskan fizikal luaran, tapi menerobos, mengelar, mencucuk-cucuk bahagian dalam tubuh. Mungkin bisa ini belum diklasifikasi lagi oleh para saintis. Lantas anti venomnya juga tiada. Mungkin tok pawang boleh membantu menawar bisa venom seperti ini.
Merenung-renung peristiwa yang berlaku sambil mencungkil-cungkil saraf-saraf pemikiran aku yang cenderung berdamai. Bangun berdiri, berteriakan "Aman, Tiada Perang" atau dalam bahasa asalnya "Peace, No War". Namun teriakan itu tidak diiringi dengan unit desibel, kerana jeritan itu hanya dalam hati.
Posted by
jiwa kental
at
8:04 PM
0
comments
Labels: hari-hari
Make difference Now
Don't let the difficulties get you down. Let them get you going. Seize each opportunity to grow stronger and more purposeful. Discover again and again how good it feels to be confident and effective.
The challenges may indeed be great. With your dynamic resourcefulness, your creativity, your focus and persistence, you are greater than any challenge. You can make a difference now.
You can keep doing so for as long as necessary, until your goal is reached. Feel the unshakable confidence that comes from successfully navigating through a difficult situation.
Feel the satisfaction of knowing that you've lifted the world higher through your efforts. You have what it takes to do what you must. This is your moment to truly shine.
Posted by
jiwa kental
at
8:02 PM
0
comments
Labels: mind power
Tuesday, October 6, 2009
Senget
Hari ini diakhbar mengisahkan seorang budak yang dipukul hebat oleh budak-budak yang lain. Kehebatan pukulan yang membawa kepada koma. Apalah nasib malang budak itu. Katanya, disebabkan perbuatan jeling-menjeling terjadinya aktiviti pukul-memukul itu. Darah muda tidak terbendung. Nafsu diangkat setinggi-tingginya mengatasi akal. Buruk akhlak sungguh. Ini pasti akibat kekurangan ilmu dalam dada masing-masing. Ilmu yang mampu menyeimbangkan emosi dan intelektual. Kebuluran pendidikan ini mengasbabkan emosi melebihi intelektual. Tidak seimbang, lantas senget-benget. Sesenget tindakan liar yang dibuat. Tindakan berbudaya rimba belantara.
Satu lagi kisah, masih isu yang sama, kali ini lebih unggul lagi. Seorang wanita oku, dipercayai telah dibunuh oleh anak sendiri berusia 22tahun, akibat pertelagahan antara membeli motor atau kereta. Kalau dia sedar pengorbanan ibunya sejak dari mengandungkan dirinya, memebsarkan dari tapak kaki sebesar du batang jari, sampai dah besar panjang boleh berdiri, pasti pasti kalau dia hayati semua itu, pasti tidak ada kesanggupan berbuat begitu. Apatah lagi hanya dek kerana ehwal motor dan kereta. Sungguh tragis, dan tidak berperi kemanusiaan. Sekali lagi, isunya keseimbangan emosi dan intelektual.
Di Perancis pula, pm kita, najib diberi penghargaan memberi ucaputama dalam persidangan pendidikan, saintifik, budaya bangsa-bangsa bersatu (unesco). Mempromosi gagasan satu malaysia demi keamanan dunia. Bagi aku, gagasan itu memang tepat sekali sebagai formula kesejahteraan. Sesuai konsep piagam madinah yang dilaksanakan oleh Muhammad Rasulullah. Praktik yang mampu mengamankan. Namun, jika sekadar kata-kata indah tanpa disusuli perlaksanaan istiqamah, konsep hanya akan tinggal konsep. Maka, pendidikan dan kefahaman tentang konsep harus di lebar luaskan lagi agar mesejnya menyerap disegenap hati-hati rakyat supaya ikhlas dalam aplikasi konsep. Harus diingat juga, pendidikan terbaik adalah pendidikan melalui tauladan. Penyampaian mesej melalui uswah, contoh. Menggunakan strategi dakwah lisan al-maqal berbanding lisan al-hal. Kerna apabila kata-kata tidak berimbang dengan perlakuan, maka dacing akan senget-benget. Maka kondisi aplikasi tidak tele dengan kata-kata. Ironinya, kejadian yang diceritakan di atas belum menggambarkan keamanan yang dicanangkan berasbabkan gagasan satu malaysia.
Posted by
jiwa kental
at
10:14 PM
0
comments
Labels: kisah orang lain
Monday, October 5, 2009
Persatuan Ungu
hari ini aku dan bonda pergi ke persatuan ungu. niat aku mengikut naluri atas dasar mendedahkan lagi diri ke dunia perniagaan. namun tampak pada aku kurang sambutan dari pihak keduanya. lantas aku berfikir perjalanan begini akan menjadi sulit kelak. kurang dorongan dan galakan. perjalanan berterusan dengan mereka hanya kelak akan mengundang pelbagai halangan minda dan ketakutan mengambil tindakan dan risiko. sedang perniagaan ibarat perjuangan, pasti tidak lari dari risiko. takutkan risiko, usah bicara perniagaan. banyak cabaran yang dikenalpasti tidak disudahi dengan solusi tapi diserikan dengan kata-kata sangsi tak bertepi.
jadi, fikir aku, eloklah permulaan ini melangkah sendiri. berbuat mengikut naluri tanpa tangguh dan kenal erti sangsi. berjalan terus-terusan, melangkah sederhana tapi pasti. rasanya begitulah.
Posted by
jiwa kental
at
11:47 PM
0
comments
Labels: diari sendiri
Sunday, October 4, 2009
ringkasan minda terkini
setelah berfikiran secara rawak tanpa mutakhir lagi, aku merangka-rangka untuk :
1. Membuat blog bertujuan elken
2. Blog untuk ubat-ubatan tradisional / era edar
3. Blog kuih frozen
4. Blog itik gembo-gembo
5. Set up internet business, product to be decide
6. Study restoran set up
Posted by
jiwa kental
at
9:14 AM
0
comments
Labels: diari sendiri
Azam Membara
1. Ilmu dan langsung praktik
2. Brainstorming dan buat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan
3. Jadual perancangan dan strategi
4. Tindak konsisten
Dengan ilmu, tindakan iaitu usaha dan perlaksanaan yang banyak dan konsisten sahajalah yang bakal mengubah nasib diri. Yakin atas janji ini. Dan satu lagi dalam berusaha, pantang kenal erti kalah. Cabaran dan pelajaran pasti banyak, berhenti, sekali-kali jangan.
Posted by
jiwa kental
at
8:49 AM
0
comments
Labels: diari sendiri
Saturday, October 3, 2009
Mat jenin millenium
membuka restoran bertemakan rojak dan cendol adalah suatu yang ditanamkan dalam hati sanubari diri ini. keunikannya nanti adalah pemilik dan pelaksananya adalah dari k alangan kulit sawa matang bukan gelap, walau kadang-kadangnya ada juga segelintir. keunikan ini pasti punya daya tarikan tersendiri. Almaklumlah kebiasaannya rojak dan cendol hanya tersangkut kemas untuk kaum india baik hindu mahupun muslim. Lebih unik lagi andai kiranya dapat resipi rojak ayam trengganu yang entah kenapa tidak ada rakyat negeri itu mahu ketengahkan ke segenap bumi Malaysia ini. Pelik tapi benar. Sedap namun sempit jajahan takluknya. pasti meletup restoran saya bila menonjolkan rojak ayam trengganu.
Konsep restoran selain bertemakan menu utama rojak dan cendol, juga bakal mengenengahkan makanan-makanan ringkas seperti mee jawa, bakso, mee rebus, lontong, cucur udang balas kuah kacang, atau sos baha, yong tau foo dan serba lain lagi makanan yang ringkas. Restoran ala mastan ghani di teluk intan ini, jika ditempatkan pada lokasi tepat pasti menjadi ibarat gula yang dirapati semut-semut.
Promosi asas mengedar flyers dikawasan penempatan dan pekerjaan berhampiran bakal menjadi titik mula iklan. Selain itu, di zaman yang semakin berkembang maju ini, sayang sekali kalau ketinggalan dalam menggunakan teknologi maya untuk meluas kembangkan pengaruh restoran hebat ini.
Demikian, hasrat nurani. Moga dimakbulkan dengan usaha berthap-tahap. Bila sebut bertahap, hati mula dilintasi ilham untukk mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Bukan restoran dulu, tapi perniagaan internet. Kenapa?
1. Akses internet berleluasa buat diri saya saat ini. Menjadi suatu kerugian andai tidak dimanfaatkan sebaiknya.
2. Model-model kejayaan seperti irfan khairi, shaiful sham, master zul, mazli, rohaizad yang mula saya kenali membuktikan tiada masalah untuk berjya dengan berniaga melalui internet. KAwan sekerja yang abang iparnya tinggal di jepun mengambil peluang menjual barang-barang memancing dari sana. Sambutannya masyaAllah, menggalakkan.
3. Ada kalangan mereka yang bukan berlatar belakangkan pendidikan it, kebanyakan dari merreka juga yang sebegiini. BErmakana tiada yang mustahil, jika cenderung untuk mengetahui sesuatu.
4. Apa yang perlu dilakukan saat ini adalah dengan menimba ilmu secara praktikal. Bermakna, aplikasi serta-merta atau secepat mungkin setelah mendapat ilmu. Ilmu boleh diperoleh samada melalui ebook, ataupun melalui kursus-kursus yang banyak dianjurkan.
5. Masa kerja bebas, sesuai dengan kondisi diri yang selalu terikat dengan aktiviti wajib. Tempat kerja bebas, kalau sesak nafas di rumah boleh kerja di pejabat atau ditempat-tempat berwifi. Banyak masa diluangkan, banyak usaha yang ditaburkan pasti banyak juga pulangan yang akan dapat. Asal diri tidak mahu berhenti belajar dan terus belajar.
Itu antara-antara asas kenapa
maka ..
Bertindak Bertindak Bertindak! Konsisten!
Posted by
jiwa kental
at
12:28 PM
0
comments
Labels: diari sendiri
Friday, October 2, 2009
Bila kepala tengah sakit
Kepala tengah sakit. Saya rasa mental pun tengah uzur. Seminggu terlantar masa raya belum kebah sepenuhnya lagi. Seperti ada sisa-sisa kuman lemah rasanya bertempek kat jiwa. Jiwa seakan lemak ah lembik. Huh, saat macam ini, perlu ditangani segera. Otak sembab membengkak. Angin kus-kus berdansa-dansa mengelilingi usus kecil dan besar, dan di tanah tinggi tubuh, otak. Menyebabkan kepala sedikit berdenyut-denyut. Angin yang terkandung pula, bukan main payah nak disuruh keluar ke atmosfera bumi. "Kat situ tempat engkau, bukan kat dalam badan aku" geram akibat kepayahan meneran-neran dada memaksa sang angin kembali ke kampung asalnya.
Jiwa lara ini, pada saya sangat mudah diubati. Tatkala mula mencoret ini, sudah terasa ubat-ubat semulajadi menguat perkasakan hati dan minda agar tidak menyerah bungkam dengan ehwal enteng ini. Teringat kata-kata seorang panglima pencen " Alah, semua yang sakit-sakit fizikal sebab mental, semua tu mental je" Fuh, kuat betul prinsip diri dia hemat aku. Tak dapat dibayangkan apa yang akan keluar dari mulut dia sekiranya kakinya terpatah. Mungkinkah prinsip sakitnya itu bertapak teguh sehingga keadaan macam itu pun boleh di lawan dengan mental yang kuat. Walaupun nampak macam ada yang tak kena, atau tidak semua kesakitan yang boleh ditahan dengan prinsip unggul panglima pencen itu, namun bagi saya, ada kebenarannya juga terhadap kata-kata tak ingat dari si dia itu. Ringkasnya, boleh pakai juga lah.
Maka saat ini, saya sedang mengangkat senjata melawan kuman lemah dan lembik untuk dihalau. Senjata yang kebanyakan manusia tak cari saat ditimpa uzur. Perang psikololgi dengan kuman kecil. Halus mesti lawan dengan cara lebih halus lagi. Saat ini tika sedang mencatat ini, sebenarnya peperangan sedang berlangsung. Perang ghaib. Ada, tapi tidak nampak. Senjatanya, fiil yang menghiburkan hati dilaksanakan. Menulis. Menulis adalah senjata melawan resah gelisah buat diri saya. Sebab saya suka menulis. Entah berapa banyak kuman jahat sudah tumbang saat sedang menulis. Saya yakin selepas selesai mewarkah kata-kata bermakna ini, hati dan mental akan kembali berbunga-bunga seperti sediakala. Senyum kacak juga bakal tampil percuma buat orang-orang yang kenal mahupun tidak. Biar diorang nak kata apa, senyum juga senjata. Senjata ini juga biasanya menjadi kealpaan buat diri yang sedang diuliti sengsara.
Maka, inilah satu prinsip diri tatkala sedang usang dan kusam. Prinsip ini harus sentiasa diingat lekat semat dalam dada. Mencari penawar yang orang jarang cari padahal percuuma. Ingat, saat sedang sakit, cari kaedah menggembirakan hati. Apa sahaja yang boleh membungakan hati. Tengok kisah jenaka. Ketawa adalh ubat terbaik. Secara saintifik apabila ketawa seorang manusia, tubuh mahalnya akan mengeluarkan ubat semulajadi yang tidak perlu dibayar yang beernama endorphin, struktur dantindakan seakan morphine yang digilai penagih dan mahal harganya. Bezanya, yang ini semulajadi, tiada kesan samping, tiada kesan penagihan, percuma, dan tidak memudaratkan langsung.
Maka, saat ini, kerana diri ini mengingatkan dirinya sendiri akan penawar sakti, mekanisme penyembuhan badan dapat dirasakan sekarang. Angin kus-kus bagaikan hilang menyepi. Sakit kepala tiada lagi. Hati tenang jiwa lapang. Bunga-bunga keamanan dan kesenangan serta kenyamanan minda berterbangan di sana-sini ditiup angin penawar ruhani. Jiwa dalaman harus bangkit, bangun, kuatkan diri, lawan kuman sembab lembik dan lemah. Ayuh! Bekerja! Kerja! Buat sesuatu!
Posted by
jiwa kental
at
1:18 AM
0
comments
Labels: hari-hari
Tips menghadapi Gempa Bumi
KEPENTINGAN KESEDARAN DAN BERSIAP SEDIA
Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimakan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah pertama dan persediaan adalah kuncinya.
BAGAIMANA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK GEMPABUMI
Kita mesti tahu bagaimana mempersiapkan diri kita untuk menghadapi gempa bumi supaya bila ianya terjadi kita telah bersedia untuk bertindak. Senarai berikut menerangkan tentang persediaan-persedia an yang boleh dilakukan sebelum gempa bumi susulan. Sebahagian daripada saranan-saranan tersebut agak payah untuk dilaksanakan. Persediaan memerlukan masa dan usaha tetapi anda lebih perlu banyak bertenang dan bersikap wajar jika anda telah memikirkannya lebih awal., bukan sahaja dirumah tetapi juga di tempat kerja, di dalam setor, di lorong-lorong, di dalam kereta dan di tempat-tempat lain yang anda pergi. Bila sahaja bencana menimpa anda mesti bersedia untuk bertindak.
Tindakan Persediaan Diri
1. Periksa potensi risiko kebakaran - Pendawaian elektrik yang rosak dan penyambungan paip gas
yang bocor amat berbahaya bila berlaku gempa bumi. Pasangkan selak atau sediakan sokongan
yang kuat untuk alat pemanas air dan lain-lain peralatan gas. Gunakan sambungan fleksibel di
mana sesuai.
2. Tahu di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air di suis-suis utama dan injap.
3.Pastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku kes terputus bekalan. Simpan lampu suluh di tepi katil anda di samping memiliki bateri simpanan yang sedia
guna.
4. Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah.
5. Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan tentang prosedur pertolongan cemas.
6. Tempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah. Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan objek-objek yang tinggi dan berat.
7. Pastikan katil anda diletakkan jauh daripada tingkap yang besar, cermin dan objek-objek berat yang mungkin jatuh.
8. Sekiranya anda ada kanak-kanak kecil, beritahu mereka apa yang perlu dilakukan sekiranya
mereka berada di sekolah semasa berlaku gempa bumi.
9. Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah bakar dan beracun di tempat yang
selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah.
10. Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah seharusnya tidak disimpan di
tempat-tempat tinggi atau ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya menggelungsur bebas.
11. Lampu-lampu lekapan di siling seperti cendeliar perlulah dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini.
12. Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan.
13. Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau di sekolah, elakkan sekatan di koridor, pintu dan laluan keluar daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal, kereta dan sebagainya. Bila berlaku kecemasan adalah penting semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan juga pekerja-pekerja penyelamat.
APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI
Bila berlaku gempa bumi, anda akan merasai bumi bergegar untuk masa yang singkat, cuma beberapa saat, atau dalam keadaan gempa bumi kuat sehingga satu minit. Gerakan yang mengambul dan menakutkan anda tiada pilihan tetapi perlu tunggu hingga ianya berakhir. Bunyi selalunya mendahului gerakan gempa bumi dalam sedetik saat. Masa ini cukup untuk menggerakkan reaksi anda.
Oleh itu, peraturan pertama yang penting ialah BERTENANG dan kawal diri anda. Sekiranya anda bertenang dan bersikap waras, ini akan meningkatkan peluang anda untuk selamat daripada kecederaan. Tambahan lagi orang lain yang berdekatan dengan anda mungkin mendapat manfaat daripada ketenangan anda dan akan mencontohi anda. Cuba bertenang dan yakinkan juga orang lain.
Sekiranya anda di dalam bangunan
1. Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang
teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah
dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling
kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek
yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam
keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
2. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan
lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan
cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
3. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan
muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
4. Padamkan semua api.
Sekiranya anda di luar bangunan
1. Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,
bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh
ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
2. Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
Sekiranya di dalam stor yang sesak
1. Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi
mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan
keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
2. Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.
Sekiranya di dalam bangunan tinggi
1. Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
2. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni
lain.
3. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan
kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
4. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
5. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.
Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
1. Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,
kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
1. Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau
bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau
di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
2. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik
dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang
selamat untuk menilai situasi anda.
3. Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada
gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan
jalan yang rosak atau berlubang-lubang.
APA HARUS ANDA LAKUKAN SELEPAS GEMPA BUMI
1. Kekal bertenang dan nilaikan situasi semasa. Bersedia untuk gegaran gempa bumi tambahan
dikenali sebagai ”gegaran susulan”. Walau pun hampir semuanya lebih kecil daripada gegaran
utama, sesetengahnya mungkin cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan tambahan.
2. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti banyak juga kerosakan yang mungkin berlaku dan
mungkin ada yang cedera. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan
cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan daripada
kecederaan lanjutan.
3. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
4. Periksa kerosakan utiliti dan perkakas. Pakai kasut yang kukuh. Jika anda terbau gas, buka
tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
5. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian. Tutup paip utama
jika kebocoran telah berlaku. Bekalan air kecemasan boleh diperolehi daripada punca-punca lain
seperti kiub ais yang cair, sayuran dan buah-buahan dalam tin.
6. Jangan sentuh wayar letrik yang terendam atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
7. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada
terhadap objek-objek yang jatuh.
8. Periksa untuk lihat jika saluran kumbahan sempurna sebelum mengepam tandas.
9. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan, dadah dan lain-lain bahan yang berpotensi
membahayakan.
10. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca
yang telah remuk.
11. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
12. Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.
13. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan
khabar-khabar angin.
14. Bekerjasama dengan usaha-usaha keselamatan pihak awam. Jangan pergi bersiar-siar. Jangan
masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan. Kosongkan
lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
15. Cuba menenangkan dan membantu kanak-kanak dan yang lain yang mungkin mengalami trauma
saikologikal akibat gempa bumi.
Regards,
Aliaa Ahmad Zaki Yuddin
Structural Engineer
Kumang/Baram /Balingian Project Dept
Petronas Carigali Sdn. Bhd
Level 40, Citibank Tower
165, Jalan Ampang,
KL
Tel: 03-2331 9935
Posted by
jiwa kental
at
1:10 AM
0
comments
Wednesday, September 30, 2009
Bila dah jadi jutawan nanti..
1. Nak buat yayasan pendidikan, tulung orang Melayu dapat pendidikan. Berjaya nanti, sambung kerja terus. Tak yah susah nak cari kerja lain. Matlamatnya nak bentuk jadi orang berjaya dari segi akademik, budi bahasa, sukan serta keseniaan. Istilahnya, mencipta manusia seimbang.
2. Alang-alang dah niatnya nak bentuk manusia seimbang, haruslah ada institusi pendidikan. Hajatnya nak buat dari pra sekolah sampailah ke capaian tertinggi pendidikan. Sekali jalan dari pra-sekolah, upsr, pmr, spm, sijil, diploma, degree, master, phd semua cover. Keutamaan dan penekanan kepada perkara paling asas dalam kehidupan iaitu pertanian. Belum ada lagi sekolah khusus pertanian semata-mata. Universiti pertanian pun dah kena tukar putra..
3. Penampilan kena jaga, sebab dah kadi jjutawan, bos la katakan. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Cuma niat nak tinggikan nilai Islam, umat Islam je.. Kalau kafir pakai kete handal-handal. Islam mesti lagi handal.. setuju? Tapi, yang bersesuaianlah, tidak juga berlebih-lebihan, dapat bmw 5 s3ries dulu pun ok dah, takpun merc s-class, tu memang idaman lah. Kalau ada dua-dua pun ok gak, bm buat gi jalan-jalan, merc untuk urusan rasmi, haa.. gitu cantik susunannya. Adil.
4. Keje banyak, Otak mesti cepat letih, perlukan stamina dan penenang yang baik. Rumahku Syurgaku, buat penenang, penghilang lelah tatkala usai bertungkus-lumus di medan perang. Dapat banglo, dekat-dekat pantai, dapat tengok langit kawasan pantai puun ok dah. Ada macam-macam kelengkapan court2 untuk riadah macam basketball, volleybball. badminton, futsal lengkap. Table snoooker pun bagus gak buat latihan penumpuan. Mini library sangat wajiblah, khusus untuk ruang bacaaan sahaja, dengan deko dalaman yang sesuai untuk tujuan itu. Lagi satu bilik khusus, biliuk melalak, bukan melalak, berseni yang memadai buat menyeimbang tuntutan kanan otak, dan mengeluarkan angin. Balkoni senam. in lagi satu wajib, selain halaman yang ada jogging track dan landskap yang cukup mengeluarkan okksigen dan bunyi-bunyian air yang menenangkan minda saaat bersenam. Senaman satu kewajipan agar kaya tak menjurus kayap. Berbalik balkoni senam, mestilah lengkap dengan peralatan-peralatan senam sekali yang untuk jenjalan itu, basikal, dumbell dan lain-lain lagi. So, jadi orang kaya, dermawan dan segak sihat. Sihat ituu kaya yang paling kaya sekali, kena ingat tu. Sebab dah cite pasal halaman tadi, kita sambung lagi. kat halaman mesti macam taman, ada pokok-pokok hiasan, ada juga pokok-pokok berbuah macam rabutan, mangga, betik. Senang dan sseronok makan hasil sendiri. Alang-alang macamtu, adakan kitchen garden sekali. Nak apa semua ada, tak yah pergi kedai. Jimat. Orang kaya kena berjimat. Bukan senang dapat duit. Cerita pasal bunyi air tadi, tu antara perkara yang paling menyeronokkan lah bagi sebuah rumah. Sebabkan dah ada air, adakanlah sekali pengairannya. Buat sungai buatan keliling rumah, siap dengan ikan sekali. Ikan koi wajib letak lah, ada daya penarik. Lain-lain ikan, kena belajaar lagi, he he. Apa lagi pasal rumah ini. uups, jangan lupa ruangh khusus untuk aktiviti ibadah solat dan lain-lain. My mini offoce or personel room gak haarus wujud. Dapur, j angan ceritalah. yang paling selesa untuk tugasan memasak. Akuarium dinding dekat ruang tamu. Ruang tamu bersiling tinggi dan lapang. Banyak dah tu.. lebih kurang gitulah settingnya. Kalau nak tambah lagi, buat satu rumah /bilik khusus untuk kpenempatan tetamu. Standard atas sikit dari hotel memadai.
5. Kereta dah rumah dah. Apa lagi aksesori lain? Handset mesti mau yang terkini lah sepanjang masa.Tapi, not that important laa. pakai hendset cikai pun takpe. But, syarat wajib, mesti kamera n video paling baik lah... syarat utama la tu. & sesuai nak berinternet. PDA minta ampun.. minta dijauhkann, serik la nak pakai lidi tu.
6. Labtop. paling baik. ada monbile broadband. wifi memang pasang la kat rumah.
7. MasyaAllah lupa lak, mak n abah, mesti kasi tulung, rumah kereta dan lain--lain memang kena siapkan. Bagi merccedes compressor ok kut. Buat rumah satu la kat kampung memana, beli tanah, buat rumah konsep kampung, campuran kayu dan batu. So, balik raya nanti takdelah beraya kat taman perumahan je. Langsung tak feel. Biar dujk kat kawasan-kawasan banyak pokok, cukup oksigen, otak tenang, jiwa sehat. Bisnes frozeen mak, kasi kembang sampai ke luar-luar lah
8. Dah tersebut pasal bisnes, so bila dah bannhyak duit, banyakkan lagi duit dengan mempelbagaikan bidang-bidang bisnes yang diceburi. Yang sesuai dengan minat aku sekarang dan yang pernah diangan-angankan restoran, kedai buku, kedai gunting rambut berangkai-rangkai satu malaysia, syarikat penerbitan, kompleks sukan, futsal-based. semua dengan new unic konsep.
9. Pendidikan diri : tuju sesempurna mungkin. Penguasaan bahasa-bahasa utama dunia terutamanya.
bersambung... dan tak akan berhenti..
Posted by
jiwa kental
at
3:53 PM
0
comments
Bumi Bergegar
semalam, tanggal hari yang bertarikhkan nombor istimewa buat sesetengah orang, 29.09.2009 berlaku gempa bumi sekuat 7.9 skala ritcher di kawasan sumatera barat. Kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.16 petang waktu Malaysia itu, setakat ini dilaporkan menyebabkan 75 kematian dan ratusan rumah musnah. Malapetaka itu, berlaku hampir sebulan selepas kejadian gempa yang berlaku di tasik malaya di wilayah jawa barat yang telah mengorbankan sekitar 123 orang.
Susulan kejadian tersebut, beberapa tempat disekitar tanah air turut berkongsi gegaran. Gegaran ini dirasai terutamanya bagi yang sedang berada ditempat-tempat yang tinggi. Kelihatanlah akibat cetusan gegaran kecil yang sampai ke sini, ramai yang turun dari bangunan-bangunan tinggi dek kerana perasaan cemas atas rasa gegar itu.
Antara yang turun bangunan itu, termasuklah diri yang mencatat ini. Panik. Tidak malu dinafikan, perasaan itu terbit dalam hati. Gegarannya cukup terasa. Sebaik ketahuan hakikat kejadaian yang berlaku di negara jiran, dengan kekuatan saat itu dilaporkan 7.1 skala ritcher, hati kecil berbisik "Wah, ini baru tempias dari kekuatan gegaran sedemikian dengan jarak sejauh-jauhnya, mungkin jutaan kilometer dari tempat kerjaku, dah rasa kecut perut, kalau betul-betul di tempat kejadian macammana la gamaknya"
Pengalaman itu, walaupun sekejap detiknya, namun harganya tinggi. Tinggi bukanlah ukuran gegaran yang dirasai, namun pelajaran yang terbit dari pengalaman tersebut. Kesedaran tentang seharusnya bersyukur dilahirkan dibumi bebas kejadian fenomemena alam yang bersifat destruktif. Detik ringkas yang sedikit cemas itu cukup menyedarkan untuk sentiasa menghargai diri dan masa yang ada untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya selagi masih dikurniakan. Kerna kita tidak tahu dan pasti akan apa yang bakal menimpa kita sekejap lagi, esok hari dan ke hadapan. Maka, saat 'sekarang' itu harus benar-benar dihargai dengan perbuatan-perbuatan yang cukup mampu memberi manfaat kepada diri.
Kebetulan perisitiwa ini berlaku, aku ambil keputusan meyelongkari khazanah alam maya ini mendapat maklumat-maklumat yang bermanfaat. Jadi, disini dipamerkan buat tatapan siapa lagi kalau bukan diri sendiri akan tip-tip atau langkah-langkah yang perlu diambil saat menghadapi kecemasan gegaran.
Persiapan untuk keadaan darurat
1. Menentukan tempat-tempat berlindung yang aman jika terjadi gempa bumi. Tempat berlindung yang aman adalah tempat yang yang dapat melindungi anda dari benda-benda yang jatuh atau mebel yang ambruk, misalnya di bawah meja
2.Menyediakan air minum untuk keperluan darurat. Bekas botol air mineral dapat digunakan untuk menyimpan air minum. Kebutuhan air minum biasanya 2 sampai 3 liter sehari untuk satu orang.
3. Menyiapkan beg yang berisi (atau dapat diisi) barang-barang yang sangat dibutuhkan di tempat pengungsian. Barang-barang yang sangat diperlukan dalam keadaan darurat misalnya:
Lampu suluh dan bateri
Air minum
First aid kit @ bekalan ubat-ubat asas seperti penahan sakit, ubat luka, plaster dll
Makanan yang tahan lama seperti biskuit
Lilin dan lighter
4.Mencegah kaca jendela atau kaca lemari pakaian agar tidak pecah berantakan di saat gempa bumi dengan memilih kaca yang kalau pecah tidak berserakan dan melukai orang (Safety Glass) atau dengan menempelkan kaca film
5. Mencari tahu lokasi tempat evakuasi dan rumah sakit yang terdekat. Jika pemerintah setempat tidak mempunyai tempat evakuasi, pastikan anda tidak pergi ke tempat yang lebih rendah atau tempat yang dekat dengan pinggir laut/sungai untuk menghindari tsunami
Ketika Terjadi Gempa Bumi
6.Matikan jika anda sedang memasak. Matikan juga alat-alat elektronik yang dapat menyebabkan timbulnya api. Jika terjadi kebakaran di dapur, segera padamkan api dengan menggunakan alat pemadam api. Jika tidak mempunyai pemadam api gunakan pasir atau karung basah
7. Membuka pintu dan mencari jalan keluar dari rumah atau gedung
8. Utamakan keselamatan terlebih dahulu, jika terjadi kerusakan pada tempat Anda berada, segeralah mengungsi ke tempat pengungsian terdekat
9.Tetap tenang dan tidak terburu-buru keluar dari rumah atau gedung. Tunggu sampai gempa mereda, dan sesudah agak tenang, ambil tas ransel berisi barang-barang keperluan darurat dan keluar dari rumah/gedung menuju ke lapangan sambil melindungi kepala dengan helm atau barang-barang yang dapat digunakan untuk melindungi kepala dari benturan reruntuhan.
Jika anda harus berjalan di tengah jalan raya, berhati-hatilah terhadap papan reklame yang jatuh, tiang elektril yang tiba-tiba rubuh, kabel elektrik, pecahan kaca, dan benda-benda yang berjatuhan dari atas gedung
10.Jika gempa bumi terjadi pada saat Anda sedang menyetir kendaraan, jangan sekali-kali mengerem dengan mendadak atau menggunakan rem darurat. Kurangilah kecepatan secara bertahap dan hentikan kendaraan anda di bahu jalan. Jangan berhenti di dekat pompa bensin, di bawah kabel bertegangan tinggi, atau di bawah jembatan penyeberangan.
Ini sebahagian yang dipetik dari catatan wikipedia berbahsasa Indonesia, ada yang kelihatan wajar. Ada juga yang mencetus persoalan "sempatkah?" lebih-lebih lagi dalam situasi genting dan cemas. Secara psikologi pada saya, apabila situasi telah terjadi atas diri, panik tidak akan membantu langsung menyelamatkan diri. Kalau panik dapat bantu selmatkan diri, silakan panik. Kuncinya disini, dalam keadaan genting, fikiran kena tenang dan cekap. Berfikir secara wajar, rasional dan cepat dalam tindakan. Cepat bukan terburu-buru. Tapi tangkas dan cekap.
Posted by
jiwa kental
at
2:42 PM
0
comments


