Hari ini diakhbar mengisahkan seorang budak yang dipukul hebat oleh budak-budak yang lain. Kehebatan pukulan yang membawa kepada koma. Apalah nasib malang budak itu. Katanya, disebabkan perbuatan jeling-menjeling terjadinya aktiviti pukul-memukul itu. Darah muda tidak terbendung. Nafsu diangkat setinggi-tingginya mengatasi akal. Buruk akhlak sungguh. Ini pasti akibat kekurangan ilmu dalam dada masing-masing. Ilmu yang mampu menyeimbangkan emosi dan intelektual. Kebuluran pendidikan ini mengasbabkan emosi melebihi intelektual. Tidak seimbang, lantas senget-benget. Sesenget tindakan liar yang dibuat. Tindakan berbudaya rimba belantara.
Satu lagi kisah, masih isu yang sama, kali ini lebih unggul lagi. Seorang wanita oku, dipercayai telah dibunuh oleh anak sendiri berusia 22tahun, akibat pertelagahan antara membeli motor atau kereta. Kalau dia sedar pengorbanan ibunya sejak dari mengandungkan dirinya, memebsarkan dari tapak kaki sebesar du batang jari, sampai dah besar panjang boleh berdiri, pasti pasti kalau dia hayati semua itu, pasti tidak ada kesanggupan berbuat begitu. Apatah lagi hanya dek kerana ehwal motor dan kereta. Sungguh tragis, dan tidak berperi kemanusiaan. Sekali lagi, isunya keseimbangan emosi dan intelektual.
Di Perancis pula, pm kita, najib diberi penghargaan memberi ucaputama dalam persidangan pendidikan, saintifik, budaya bangsa-bangsa bersatu (unesco). Mempromosi gagasan satu malaysia demi keamanan dunia. Bagi aku, gagasan itu memang tepat sekali sebagai formula kesejahteraan. Sesuai konsep piagam madinah yang dilaksanakan oleh Muhammad Rasulullah. Praktik yang mampu mengamankan. Namun, jika sekadar kata-kata indah tanpa disusuli perlaksanaan istiqamah, konsep hanya akan tinggal konsep. Maka, pendidikan dan kefahaman tentang konsep harus di lebar luaskan lagi agar mesejnya menyerap disegenap hati-hati rakyat supaya ikhlas dalam aplikasi konsep. Harus diingat juga, pendidikan terbaik adalah pendidikan melalui tauladan. Penyampaian mesej melalui uswah, contoh. Menggunakan strategi dakwah lisan al-maqal berbanding lisan al-hal. Kerna apabila kata-kata tidak berimbang dengan perlakuan, maka dacing akan senget-benget. Maka kondisi aplikasi tidak tele dengan kata-kata. Ironinya, kejadian yang diceritakan di atas belum menggambarkan keamanan yang dicanangkan berasbabkan gagasan satu malaysia.
Tuesday, October 6, 2009
Senget
Posted by
jiwa kental
at
10:14 PM
Labels: kisah orang lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment