Semalam, Belanjawan / Bajet 2010 telah dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebarnya. Saya tak sempat nak tengok kat TV sebab sedang sibuk merayap dan mengedarkan kad jemputan kahwin adik saya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Anyway, malam tadi.. saya sempat melihat ringkasan intipati bajet 2010 di web Malaysiakini. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang menarik perhatian saya..
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.
Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas…
Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian
Anda perasan tak?.. Golongan seni & ahli sukan.. selalunya kelihatan ”glamer” dan “mewah” sewaktu muda, tetapi apabila mereka tua.. kebanyakkannya akan termasuk ke dalam golongan miskin. Kecuali, artis-artis yang menjalankan perniagaan.. kehidupan mereka di hari tua lebih terjamin. Apakah erti semua ini? Adakah ia bermakna kerjaya sebagai “artis” tidak akan menjamin masa depan? atau… rezeki yang diperolehi kurang berkat? Hu. hu.. panas!.. panas!..
Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
Ini yang rasa macam nak jadi student semula je nie…
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
Adakah ini satu tindakan untuk “tidak menggalakkan penggunaan kad kredit”? Nampaknya sudah tidak ada kad kredit tanpa yuran tahunan.. sebab still juga kena bayar RM50 tiap-tiap tahun
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
Nampaknya, pemilik taska & nursery kena mengatur strategi baru bagi perniagaan mereka… kalau tidak, boleh terjejas periuk nasi mereka.
Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
Ini sangat bagus..
Itulah serba sedikit perkara yang menarik bagi saya dalam bajet 2010, dan nampaknya, perokok-perokok tegar dapat menarik nafas lega kerana tiada sebarang berita tentang “kenaikan harga rokok” pada tahun ini..
Monday, October 26, 2009
belanjawan2010
Posted by
jiwa kental
at
1:11 AM
Labels: kisah orang lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment