Masa aku mengembara bersama Datin ke persatuan ungu, dia ada mengisahkan. Kisah tentang seoarang budak kecik yang sarat dengan emosi. Sensitif macam buaya yang diusik, ekor melibas. Atau bak tedung selar terkujat, kepala terangkat dan kembang mengembang.
Budak kecik itu bukan orang lain anak dia sendiri. Hati panas mendidih sekonyong-konyong bila tersilap kata. Pendidihan serta-merta lebih cepat dari proses pendidihan air. Nafsu keremajaan yang tidak terkawal. Tidak mampu dikawal.
Datin pula tekanan darahnya bukanlah rendah, tidak juga normal. Maka tinggilah adanya. Bila anak sendiri naik darah, datin pun jadi parah. Darah naik, tinggi. Air mata turun, mengalir. Syahdu seorang ibu dek perangai ganjil anaknya.
Sudahlah selama ini datin selalu bertukar menjadi perisai buat si budak kecik. Budak kecik ini tidaklah kecik sebenarnya. Hakikatnya dia besar, yang keciknya adalah jiwanya, atau mungkin otaknya juga. Budaya kecik yang memungkinkan tindakan merasionalkan ketidakrasionalan. Benteng dan perisai dari datin buat anak kecik itu, bukanlah untuk melindungi dari raksaksa seperti dalam cerita ultroman itu. Tapi buat mepertahankan diri anaknya dari sengatan berbisa dari lidah datuk yang memang kadang-kala, boleh membuat hati, limpa dan organ dalaman yang lain lebam-lebam dan calar-balar. Hebat bisa itu kerana tidak menjejaskan fizikal luaran, tapi menerobos, mengelar, mencucuk-cucuk bahagian dalam tubuh. Mungkin bisa ini belum diklasifikasi lagi oleh para saintis. Lantas anti venomnya juga tiada. Mungkin tok pawang boleh membantu menawar bisa venom seperti ini.
Merenung-renung peristiwa yang berlaku sambil mencungkil-cungkil saraf-saraf pemikiran aku yang cenderung berdamai. Bangun berdiri, berteriakan "Aman, Tiada Perang" atau dalam bahasa asalnya "Peace, No War". Namun teriakan itu tidak diiringi dengan unit desibel, kerana jeritan itu hanya dalam hati.
Thursday, October 8, 2009
Budak kecik yang belum insaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment