KEPENTINGAN KESEDARAN DAN BERSIAP SEDIA
Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimakan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah pertama dan persediaan adalah kuncinya.
BAGAIMANA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK GEMPABUMI
Kita mesti tahu bagaimana mempersiapkan diri kita untuk menghadapi gempa bumi supaya bila ianya terjadi kita telah bersedia untuk bertindak. Senarai berikut menerangkan tentang persediaan-persedia an yang boleh dilakukan sebelum gempa bumi susulan. Sebahagian daripada saranan-saranan tersebut agak payah untuk dilaksanakan. Persediaan memerlukan masa dan usaha tetapi anda lebih perlu banyak bertenang dan bersikap wajar jika anda telah memikirkannya lebih awal., bukan sahaja dirumah tetapi juga di tempat kerja, di dalam setor, di lorong-lorong, di dalam kereta dan di tempat-tempat lain yang anda pergi. Bila sahaja bencana menimpa anda mesti bersedia untuk bertindak.
Tindakan Persediaan Diri
1. Periksa potensi risiko kebakaran - Pendawaian elektrik yang rosak dan penyambungan paip gas
yang bocor amat berbahaya bila berlaku gempa bumi. Pasangkan selak atau sediakan sokongan
yang kuat untuk alat pemanas air dan lain-lain peralatan gas. Gunakan sambungan fleksibel di
mana sesuai.
2. Tahu di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air di suis-suis utama dan injap.
3.Pastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku kes terputus bekalan. Simpan lampu suluh di tepi katil anda di samping memiliki bateri simpanan yang sedia
guna.
4. Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah.
5. Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan tentang prosedur pertolongan cemas.
6. Tempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah. Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan objek-objek yang tinggi dan berat.
7. Pastikan katil anda diletakkan jauh daripada tingkap yang besar, cermin dan objek-objek berat yang mungkin jatuh.
8. Sekiranya anda ada kanak-kanak kecil, beritahu mereka apa yang perlu dilakukan sekiranya
mereka berada di sekolah semasa berlaku gempa bumi.
9. Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah bakar dan beracun di tempat yang
selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah.
10. Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah seharusnya tidak disimpan di
tempat-tempat tinggi atau ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya menggelungsur bebas.
11. Lampu-lampu lekapan di siling seperti cendeliar perlulah dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini.
12. Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan.
13. Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau di sekolah, elakkan sekatan di koridor, pintu dan laluan keluar daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal, kereta dan sebagainya. Bila berlaku kecemasan adalah penting semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan juga pekerja-pekerja penyelamat.
APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI
Bila berlaku gempa bumi, anda akan merasai bumi bergegar untuk masa yang singkat, cuma beberapa saat, atau dalam keadaan gempa bumi kuat sehingga satu minit. Gerakan yang mengambul dan menakutkan anda tiada pilihan tetapi perlu tunggu hingga ianya berakhir. Bunyi selalunya mendahului gerakan gempa bumi dalam sedetik saat. Masa ini cukup untuk menggerakkan reaksi anda.
Oleh itu, peraturan pertama yang penting ialah BERTENANG dan kawal diri anda. Sekiranya anda bertenang dan bersikap waras, ini akan meningkatkan peluang anda untuk selamat daripada kecederaan. Tambahan lagi orang lain yang berdekatan dengan anda mungkin mendapat manfaat daripada ketenangan anda dan akan mencontohi anda. Cuba bertenang dan yakinkan juga orang lain.
Sekiranya anda di dalam bangunan
1. Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang
teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah
dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling
kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek
yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam
keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
2. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan
lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan
cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
3. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan
muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
4. Padamkan semua api.
Sekiranya anda di luar bangunan
1. Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,
bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh
ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
2. Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.
Sekiranya di dalam stor yang sesak
1. Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi
mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan
keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
2. Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.
Sekiranya di dalam bangunan tinggi
1. Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
2. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni
lain.
3. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan
kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
4. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
5. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.
Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
1. Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,
kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
1. Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau
bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau
di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
2. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik
dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang
selamat untuk menilai situasi anda.
3. Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada
gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan
jalan yang rosak atau berlubang-lubang.
APA HARUS ANDA LAKUKAN SELEPAS GEMPA BUMI
1. Kekal bertenang dan nilaikan situasi semasa. Bersedia untuk gegaran gempa bumi tambahan
dikenali sebagai ”gegaran susulan”. Walau pun hampir semuanya lebih kecil daripada gegaran
utama, sesetengahnya mungkin cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan tambahan.
2. Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti banyak juga kerosakan yang mungkin berlaku dan
mungkin ada yang cedera. Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan
cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan daripada
kecederaan lanjutan.
3. Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
4. Periksa kerosakan utiliti dan perkakas. Pakai kasut yang kukuh. Jika anda terbau gas, buka
tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
5. Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian. Tutup paip utama
jika kebocoran telah berlaku. Bekalan air kecemasan boleh diperolehi daripada punca-punca lain
seperti kiub ais yang cair, sayuran dan buah-buahan dalam tin.
6. Jangan sentuh wayar letrik yang terendam atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
7. Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada
terhadap objek-objek yang jatuh.
8. Periksa untuk lihat jika saluran kumbahan sempurna sebelum mengepam tandas.
9. Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan, dadah dan lain-lain bahan yang berpotensi
membahayakan.
10. Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca
yang telah remuk.
11. Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
12. Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.
13. Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan
khabar-khabar angin.
14. Bekerjasama dengan usaha-usaha keselamatan pihak awam. Jangan pergi bersiar-siar. Jangan
masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan. Kosongkan
lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
15. Cuba menenangkan dan membantu kanak-kanak dan yang lain yang mungkin mengalami trauma
saikologikal akibat gempa bumi.
Regards,
Aliaa Ahmad Zaki Yuddin
Structural Engineer
Kumang/Baram /Balingian Project Dept
Petronas Carigali Sdn. Bhd
Level 40, Citibank Tower
165, Jalan Ampang,
KL
Tel: 03-2331 9935
Friday, October 2, 2009
Tips menghadapi Gempa Bumi
Posted by
jiwa kental
at
1:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment