kobaran jiwa semakin bersemarak untuk mengubah diri. Diri ini harus bangkit menampilkan keunggulan berpaksikan kerendahan hati, bukan sombong membongkak ala firaun, haman, dan karun durjana. Kebangkitan atas keperluan membantu yang susah. Keunggulan agar lebih mudah mempengaruhi manusia sombong akan ideologi tuntutan ilahi. Kebangkitan seakan pohon yang ditanam. Menyanggupi segala rintangan panas, hujan, serangga dan lain-lain gangguan dalam menumbuh tinggi. Cemuhan, kata nista, gelak tawa peracun impian harus dihadapi tenang. Sedikit pun tidak bisa menggugat keazaman membara. Aku mulakan sekarang ini saat ini. Apa yang perlu aku tindak sekarang adalah
1. Ilmu dan langsung praktik
2. Brainstorming dan buat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan
3. Jadual perancangan dan strategi
4. Tindak konsisten
Dengan ilmu, tindakan iaitu usaha dan perlaksanaan yang banyak dan konsisten sahajalah yang bakal mengubah nasib diri. Yakin atas janji ini. Dan satu lagi dalam berusaha, pantang kenal erti kalah. Cabaran dan pelajaran pasti banyak, berhenti, sekali-kali jangan.

0 comments:
Post a Comment