Monday, October 26, 2009

Kisah Kota Lampu

Kota lampu, sebuah penempatan sedang membangun menempatkan sekitar 1000 penduduk di sebuah lahan maya. Sistem pemerintahan yang sentiasa berubah-ubah sepanjang 18 tahun penubuhannya menjadikan ia membangun dengan pesat. Sehinggalah saat tiba tahun 2008, rombakan besar-besaran dibuat. Ibarat kapal dilautan yang dilanda ombak, atau berlanggar dengan ketulan ais di tengah laut, ramai penghuni kapal yang tercampak-campak dimerata-rata lautan. Begitulah ujian yang ditempuh oleh kota lampu. Cahayanya kian suram dan malap.
Dalam kesuraman dan kemalapan cahaya gemilang kota lampu, muncul satu generasi ala reformis menuntut pembaharuan. Generasi muda yang tidak muda semuanya sudut usia, tapi semuanya muda sudut jiwa dan mentaliti. Angin-angin pembaharuan berderu kencang memukul segala apa halangan yang datang. Tidak ada yang dapat membendungnya lagi termasuklah Asni Yem, Ketua serpihan kota lampu yang juga salah seorang penuntut tajdid. Kini dia juga disanggah atas transformasi yang cuba dimunculkan. Tidak jauh berbeza dengan yang lepas. Nyata doktrin kemalapan kota lampu masih kuat tersemat dalam sanubari ASni Yem. Akhirnya jiwa-jiwa muda tak tertahan, menampar kealpaan dan kebobrokan pemerintahan Asni Yem yang tsemakin kabur dan berkabus serta kabut. Dia kecundang dengan pejuang-pejuang yang lebih muda.
2009 milik pejuang muda yang lebih berani maju kehadapan, lebih laju berlari, lebih cepat bertindak. Namun keberanian, kelajuan dan kecepatan dalam tindakan tidak dirasionalkan sebaik-baiknya. Ketangkasan yang disangkakan mereka, lebih layak disebut rakus, tergesa-gesa dan tamak haloba. Kekuatan yang dimilik baik dari segi kewangan mahupun suumber daya manusia menjadi sandaran kemabukan dalam perlaksanaan, baik keputusan yang dibuat mahupun tindakan. Kemabukan tanpa alkohol ini akhirnya memberi tamparan negatif sangat hebat kepada semua rakyat Kota LAmpu. Bermula dari puak-puak Sudip bin Algores dari daerah saudagar, disusuli dengan kemunafikan kaum Sekinja yang selalu terkinja-kinja membuat onar di sini sana. Pukulan-pukulan kecil ini meretakkan perjalanan laju KOta Lampu. Susun atur pemerintahan kota lampu kian parah, baik sudut kewangan, apatah lagi aspek kemanusiaan. Keprihatinan terhadap daerah pengeluar sumber manusia yang sewajarnya diberi penghargaan dan perhatian lebih semakin pudar, sembab dan lembap. Kemerosoton demi kemerosotan diharungi. Aroma kecemerlangan mula menjadi tidak wangi, menusuk hidung setiap penduduk yang masih setia. Sedikit sebanyak menjadikan hati mereka mulai gentar bercampur sangsi. Kombinasi yang sekiranya dibuat masakan, pasti dihhalang oleh lidah serta anak tekak dari memasuki esofagus.
Sehinggalah saat kemuncak buat kemerunduman KOta Lampu, tidak pernah tercatat dalam sejarah KOta lampu sebelumnya, wilayahnya diserang hebat! Kali ini bukan pukulan-pukulan kecil, bukan cubitan atau sengatan yang bisanya boleh hilang sehari dua. Kali ini saat menggemparkan, musuh paling sengit dan bahaya Kota Lampu menyerang dari bahagian yang paling berbahaya. Musuh tradisi sejak zaman berzaman, setelah satu tempoh panjang menyepi diri, mereka muncul dengan peprangan tanpa belas kepada Kota Lampu. Geng Selipar Biru yang merupakan musuh alami Kota Lampu itu, rupanya mengatur strategi dalam sepi. Mencetus peperangan yang tidak pernah terbayang oleh PEmerintah Kota Lampu.
Perang sudah tamat tapi belum habis. Itu ungkapan sampai bila-bila buat kota lampu dan musuh-musuh tradisinya. Kini, fasa pemulihan sedang dijalankan. Air-air penenang dan pemulih semangat dibekalkan kepada semua penduduk kampung yang masih trauma dengan kedahsyatan bedilan meriam dan mesin gun oleh Pihak Selipar Biru. Trauma yang lebih tinggi buat penduduk yang kehilangan ibubapa, anak, serta saudara-mara. Airmata dan ratapan mengiringi pemergian mereka. Kesedihan menyelubungi atmosfera perasaan kota Lampu. MEnjadikan suasana yang sedia malap, bertambah gelap. Kegelapan yang menuntut cahaya agar kembali menerangi. Kejadian ini benar-benar memberikan pengajaran terutama buat barisan kabinet kota lampu agar memandang serius sistem pertahanan dan keselamatan agar mampu memberi pelindung kepada semua penduduk. Supaya hidup sejahtera dan aman.

0 comments: