Ini bukan kisah ilmu hitam. Ini masih kisah pertemuan yang ingin disemadikan. Pertemuan kali ini sungguh memukau. Bukan kerana bertemu dengan fauzilah ghost mahupun rosita pawang enchik. Tapi isi perbincangan pertemuan itu yang berjaya memukau. Mengasyikkan. Hati berkicau-kicau menyanyi lagu inspirasi. Pukauan yang mengobar jiwa agar terus melaksanakan tugas dengan gembira.
Pertemuan ikhlas di rumah MAK saya itu berlaku disebelah malam tanggal malam selasa, 12 oktober yang lalu. Saya bertemu satu lawan satu bersama dengan genius yang dihormati. Hormat kerana aspek kerjanya yang cemerlang.
Pertemuan berharga itu membungakan impian yang sangat harum. Harapan yang membintang tinggi di angkasa kemenangan. Perbincangan memang menghasilkan yang terbaik. Selalu berbincang itu memang baik. Tapi pembincang yang baik, sedar dan tahu mereka sedang melaksanakan aktiviti berbincang, bukan bergebang sifar. Seperti bersembang tentang fahrin ahmad dan aweknya yang sudah putus hubungan. Malam itu, saya simpulkan perbincangan yang terlaksana adalah sangat baik. Membuahkan buah durian cempedak, sangat manis, lemak dan enak. Tidak tawar, keras atau pahit. Sangat santai dan bermakna sekali, sehingga teringat-ingat dua tiga hari. Begitu, ibarat perbincangan yang hebat.
Walaupun nasi paprik yang dimakan agak pedas sedikit, namun pedasnya sirna dek kerana perbualan yang manis dan berlemak itu. Buah perbincangan yang dipetik kami harapkan tidak dirosakkan oleh tupai-tupai berotak kecil yang tinggal di tempat tinggi atas pokok. Walaupun tupai-tupai ini lincah, tapi ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjelepuk juga ia ke bumi Allah. Ikut rasa, mahu sahaja ditembak tupai-tupai berkenaan sebelum diganggu buah unggul itu. Tapi setelah difikirkan, perbuatan itu tidak bermoral sekali. Tidak menggambarkan akhlak tuntutan ilahi. Biarlah nanti tupai itu dijinakkan dengan cara lebih diplomasi, mengajak tupai makan buah bersama-sama di bawah pokok redup. Itu lebih disukai oleh najib, lebih gah perlaksanaan satu malaysia yang diseru-serukan. Bukan sahaja cina, india, melayu boleh duduk bersatu, tupai pun boleh turut serta. Wah, sungguh hebat sekali. Saya yakin ilham begini belum tercetus lagi diperingkat kepimpinan tertinggi.
Burlp, alhamdulillah.
Tuesday, October 13, 2009
Pukauan Strategi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment