Thursday, November 5, 2009

DTN : Pertemuan Santai dengan Kampung Petani

Pertemuan tengahari tadi adalah yang jarang-jarang dibuat. Bukannya jarang bertemu, tapi jarang bertemu dalam suasana seumpama tengahari itu. Suasana yang lebih santai walaupun terik kepanasan mentari tidak dapat dihalang oleh bumbung warung syed yang tidak berpendingin hawa itu. Perjumpaanyang sepatutnya dibuat dengan lebih kerap lagi. Agar erat pertalian tidak dihauskan oleh cuaca dan masa yang sentiasa berubah.



Pertemuan dengan mereka sebelum ini biasanya dalam keadaaan yang lebih kaku dan keras dek kerana etika formal yang sememangnya tidak sesuai dielakkan. Akibat kekakuan dan kekerasan itu, banyaklah kisah-kisah yang tersimpan belum kesempatan dikisahkan. Tengahari itu, kami sangat bersyukur meluahkan bicara yang tersimpan sepanjang perjalanan bersama selama setahun. Kisah yang tidak lari dari memartabatkan perlembagaan cahaya yang kian suram. Kisah untuk mengembalikan tingginya perlembagaan cahaya satu masa dahulu. Kisah yang lebih berunsur muhasabah atas perjalanan setahun yang lalu. Pengalaman bersama-sama dalam sebuah usaha membentuk taman indah, buat penghuni-penghuni Daerah Tak Nampak.



Tengahari itu mencungkil setiap permasalahan yang perlu diperbaiki, walau pada asalnya agak berat bicaranya dilafazkan. Namun, setelah kunci diguna buat membuka pintu gedung rahsia bicara, akhirnya mereka melafazkan dengan rela, bahkan dengan penuh semangat patriotisme terhadap Daerah Tak Nampak. Kelewatan membuka bicara tentang penambahbaikan yang harus dibuat di daerah tercinta menggambarkan sesuatu. Suatu budaya yang sangat terkait dengan bangsa mereka sendiri. Budaya hormat salah tempat. Budaya sopan mengundang celaka. Apabila perkara yang patut dibetulkan, di sopan hormatkan ala bangsa dan keturunan mereka, itulah yang membawa kepada perjalanan tanpa pengembangan. Akhirnya sangat hampir ke jurang kemusnahan.



Tengahari itu berbeza. Tiada unsur hormat dan sopan salah tempat. Gebangan yang telus dan tembus. Obrolan yang tidak hana. Sembangan yang sempurna gizinya. Sangat mengenyangkan dan berkhasiat. Bicara yang harus tidak berhenti di Warung Syed ini sahaja. Perbualan yang tidak harus berakhir setakat tengahari ini sahaja. Hiwar yang indah penuh manfaat ini, harus dibudayakan oleh segenap lapisan kepimpinan Daerah Tak Nampak. Sembang suci ini tidak lain bagi mencipta budaya keterbukaan atas nama kemajuan dan kebaikan buat daerah tercinta.



Pak Syukur dan Abang H.Osman bukan suatu nama yang asing dalam Daerah Tak Nampak. Pak Syukur adalah Ketua Kampung Petani dan Abang H.Osman merupakan timbalannya. Pertemuan tengahari antara Panglima Iskandar, Orang Kaya Rafiq selaku wakil Daerah Tak Nampak membuatkan Warung Syed seakan begemerlapan walau pada zahirnya terik mentari masih mendominasi. Pertemuan yang menyentuh isu-isu perlaksanaan antaranya berkenaan mesyuarat mingguan antara DTN dan kampung-kampung di dalamnya. Mesyuarat yang hampir-hampir jatuh statusnya bak tin-tin kosong, bunyi-bunyi bising yang kurang manfaatnya. Mesyuarat yang kelihatan santai, tapi hakikatnya masih dalam kategori keras. Mesyuarat yang nampak macam ramai di dalamnya, tapi lebih didominasi oleh orang-orang tertentu sahaja. Mesyuarat yang mengahmpiri sia-sia dan pembaziran masa, tenaga dan kos.
Angin bicara tengahari yang panas itu menerpa isu mesyuarat mingguan ketua-ketua kampung pula. "Mesyuarat mingguan itu harus lebih serius" bentak Pak Syukor, mukanya berkerut dengan emosi tegas. Panglima Iskandar setuju benar dengan kenyataan tersebut. Memang itu antara benih-benih perubahan yang mahu ditanam dalam hati mereka. Harapnya dapat menumbuhkan pokok dan buah-buah persamaan yang mampu menambat hati-hati supaya bersatu dalam perlaksanaan. "Tak mengapa kalau masanya panjang sedikit, tapi bicaranya lebih kepada perlaksanaan" tambah Pak Syukur semakin galak bila idea bernasnya mendapat sambutan.
Kisah-kisah yang mula panas itu segera membuka ruang dan peluang buat Panglima Iskandar yang sememangnya ada misi mengajak kembali kepada Perlembagaan Cahaya yang menyatukan bukan perpecahan. Lahan bicara yang panas itu merupakan saat paling tepat untuk menyimbah air disamping menabur benih-benih kefahaman tentang akar perlembagaan cahaya. Saat yang muncul itu sangat kondusif . Biar perlahan-lahan disemai dengan hujah-hujah rasional. Era al khurosan sudah berlalu, sekarang datang era Uthmaniyah. Era yang lebih halus dan mulus. Perlahan-lahan mencengkam kekuasaan mutlak.
Pokok penyelesaian cabaran Daerah Tak Nampak dalam menghadapi saat kemaraunya terletak pada rawatan akarnya. Menangguh rawatan akar bermaksud menangguh kebangkitan semula Daerah. Atau lebih dahsyat dari itu, hakikatnya mempercepatkan kematian Daerah. Ini yang cuba dinampakkan kepada Pak Syukor dan Abang H.Othman tentang situasi kritikal Daerah. Bila saat pintu untuk penjelasan dibuka Panglima Iskandar menceritakan satu-persatu tentang isu-isu yang perlu diperbaiki dan tindakan-tindakan wajar untuk pembetulan.
Hampir 3 jam berkisah dengan mereka. Walau agak ragu dengan penerimaan mereka, Panglima Iskandar tetap merasa puas kerana dapat ruang untuk menyampaikan tentang wadah pembetulan yang harus dibuat. Sekurang-kurangnya dia tidak putus asa dan terus berusaha.
Hati kecilnya berdoa seusai petemuan ranum itu, moga usaha ini diberkati Allah sehinggalah Perlembagaan cahaya bukan lagi suatu sembangan kosong menghiasi perjalanan jauh ini.



w.mtg


mtg depatment


mandiri


3;103


3;159


42;38


kefahaman projek kg kubur




0 comments: