Monday, November 2, 2009

DTN : Kemarau panjang

Kemarau Daerah Tak Nampak makin di rasai. Hari-hari yang berlalu memeningkan setiap penghulu-penghulu, lebih-lebih lagi Ketua Daerah dan Timbalannya. Termasuk juga ahli kabinet yang lain baik yang menunjukkan tanda-tanda pening mahupun yang memendam pening-pening itu di dalam paru-paru sahaja.

Setelah berbicara panjang, keputuasan dicetak dalam semua kepala ahli kabinet tertinggi. Dalam erti kata lain, sekepala. Idea bernas dan tenang itu diberi oleh Panglima Iskandar yg sememangnya seorang yang sentiasa rasional dalam hal-hal bertindak dan membuat keputusan. Rasional kali ini berbasiskan ini projek kita. Untung sama untung, rugi sama rugi. Susah sama-sama, senang sama-sama. Konsep yang diketengahkan itu sangat rapat dengan tuntutan perlembagaan Cahaya yang menyarankan perlaksanaan kita berbanding aku. Koleksi Oryza Sativa atau pendeknya KOS disepakati untuk dilancarkan buat mengumpul air-air diawan, agar kemarau dihentikan sementara.

Projek KOS berlaku serta-merta. Seluruh penduduk Daerah Tak Nampak bersatu hati menggalang agenda penting segera Daerah yang mereka sayangi itu, baik suka mahupun rela, atau mungkin juga ada yang terpaksa. Satu fenomena kebersamaan yang sangat hangat membara saat KOS ini dilancarkan. Kehangatan yang menyemarakkan semangat kekitaan terjadi setelah sekian lama menyuram bungkam, hampir-hampir hilang ditelan asap peperangan tempoh hari. Peperangan dengan Geng Selipar Biru. Tiupan projek KOS itu menjadi harapan ahli kabinet agar semarak ini berpanjangan dan berkekalan.

Perlaksanaan KOS sahaja sememangnya belum memadai untuk mempertahankan keberadaan DAerah Tak NAmpak dan kampung-kampung di dalamnya. Maka, sepakatnya juga mencetak satu lagi keputusan menjual segenap kambing-kambing yang diternak khusus di Kampung Petani yang terletak di sebelah KAmpung Bistari dan berjiran dengan Kampung Saudagar. Hampir sebulan harganya dikurangkan hingga akhirnya hari ini tanggal 4 November, berjaya dijual dengan harga yang sangat murah. Alangkah baik dan bagusnya andai dijual awal-awal dulu lagi sebegini. Tidaklah lelah menanggung kos makanan dan pekerja yang sememangnya tinggi. Namun, semua yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, ini harus dijadikan iqtiqod dalam kehidupan supaya sentiasa redho dan tenang menghadapi apa yang berlaku. Berbaik sangka dengan Allah, moga Allah terus menerus memberi kebaikan yang berlipat ganda pula hendaknya.

Ini catatan perjalanan Daerah Tak Nampak yang masih berpeluh-peluh hebat dek kemarau yang melanda. Ya Allah berilah kekuatan pada setiap penghuni DAerah ini agar mampu menghadapi ujian kepanasan kecil dari Engkau, Ya Allah ampunkanlah kami atas kesilapan dan kesalahan yang kami telah lakukan, Ya Allah bukakanlah hati-hati penduduknya agar lapang menerima Perlembagaan Cahaya yang sememangnya dari Engkau, suruhan Engkau agar dilaksanakan keseluruhannya, Ya Allah bantulah kami dalam memenangkan cahaya yang kian suram dan malap, Ya Allah sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong" Amin.

0 comments: