Wednesday, September 30, 2009

Serangga busuk dan jahat!

Sepagi di ruangan mamak di tepian taman tani. Kami bersua muka. Dua mengadap dua. Sememangnya tepian itu menjadi pilihan utama dan konsisten pertemuan ahli-ahli pencinta alam dan haiwan. Namun adanya pertemuan itu bukanlah berasbabkan haiwan mahupun alam. Pertemuan dipermulaan siang itu membicarakan tentang penjaga alam dan haiwan yang terpilih. Berkenaan isu rosak-merosak. Aduhai insan, belum habiskah kisah rosak-merosak ini. Macam serangga peerosak tumbuhan, kecil, diam-diam tak perasaaan cuba merosak tanaman. Mahu sahaja diracuni agar mati, tanpa daya. Daya yang membawa rugi, daya perosak.

Berombak-ombak dada menahan perasaan marah akan cubaan gangguan tanaman yang diperihalkan. Sang serangga jahat dan busuk merapati sahabatnya bukan spesies serangga tika manusia gembira berhari raya. Merembeskan cairan-cairan bbisa merosakkan. Fuh, nasib baik tanaman ini sudah matang. Mahfum mekanisma pertahanan tubuh kendiri. Namun, sedikit-sebanyak bisa racun serangga itu menyelusuri masuk ke liang-liang yang kecil dan terbuka. Sedikit terkesankan tanaman itu. Alhamdulillah, masih hidup. Malam tadi, sudah diberikan penawarnya.

Maka, pokok yang sudah sembuh itu merencana pula. Sanggup menawarkan diri untuk menyusupi kaum-kaum serangga yang lain. Yang kampungnya sudah ketahuan di hati. "Biar aku sahaja yang pergi" tawar pokok itu sanggupp dijadikan korban untuk memusnahkan koloni serangga yang sememangnya gila dan sedang menggila itu. Sabda mereka ingin memusnahkan bumi dalam masa 4 bulan lagi. Tinggi sungguh azam kaum-kaum serangga yang jahat dan busuk itu. Atas desakan itu, sang pokok tekad dan nekad memberanikan diri untuk menyusupi kawasan serangga bertandang itu. Kalau tidak dapat musnahkan mereka pun, sekurang-kurangnya dapat memasang telinga, mendengar butiran perencanaan mereka memusnahkan alam. Dengan cara itu, pokok yakin dia dapat berbakti.

Dua bertemu dua. Kurang lebih sejam berhadapan. Memerah keringat otak, mencari solusi terbaik menangani isu serangga hitam yang jahat. Cadangan tindakan diperoleh. Tinggal lagi mahu daki gunung tinggi, pohon kepada yang lebih tinggi. Agar yang tinggi, nampakannya lebih luas dan meluas. Harap-harapnya begitulah.

0 comments: